Pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), akan memanfaatkan rakyat pada akhirnya, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau juga menyifatkan perkara itu sebagai 'logik' memandangkan kerajaan sebagai pemilik projek sudah tentu mahu mengurangkan kos dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam pelaksanaan sesuatu projek.
"Jika mengenakan GST, kerajaan juga perlu membayar harga yang lebih tinggi dan akhirnya pengguna terpaksa membayar harga tiket yang lebih mahal. Oleh itu untuk memastikan rakyat menerima manfaat daripada ECRL, pengecualian GST diberikan.
"Perkara ini (pelepasan GST kepada CCCC) dimainkan oleh orang yang cuba memperlekehkan dan memanipulasi isu sedangkan jelas bahawa perkara penting adalah ia akan meringankan kos untuk rakyat," katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat perkembangan pelaksanaan projek ECRL di sini, pada Khamis.
Pelepasan CCCC daripada membayar GST menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu selepas seorang pemimpin pembangkang memuat naik sijil pelepasan cukai itu ke dalam akuan media sosial miliknya.
Dalam perkembangan lain, Liow memohon supaya kerajaan negeri Selangor dapat memulakan kerja-kerja pengambilan tanah bagi pelaksanaan laluan projek berimpak tinggi itu yang akan menghubungkan Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
"Saya berharap mereka (kerajaan negeri Selangor) dapat mempercepatkan proses ini kerana dibimbangi kelewatan mereka akan menjejaskan tempoh siap projek ini sedangkan ia merupakan projek penting untuk manfaat masyarakat," katanya.
Projek ECRL yang melibatkan laluan sepanjang 688 kilometer (km) dengan 28 stesen dan bernilai RM55 bilion itu dijadualkan siap pada Jun 2024.
Liow menambah kerajaan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan memberikan kerjasama yang baik dan sudah memulakan proses pengambilan tanah untuk laluan kereta api tersebut.
Beliau juga menafikan bahawa syarikat tempatan tidak diberikan peluang dalam pelaksanaan ECRL kerana lebih 27 syarikat perunding tempatan dipilih untuk terlibat dalam pelaksanaan projek itu di Bentong.
"Malah pihak terlibat juga akan mengadakan sesi temuduga untuk mengisi kekosongan jawatan di Bentong pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Saya sendiri berharap lebih ramai penduduk daerah ini khususnya golongan belia merebut peluang yang ditawarkan.
"Semua dakwaan yang mengatakan ini projek kepada kerajaan China yang menutup peluang kerja rakyat tempatan dan menggadaikan kedaulatan negara adalah suatu kenyataan yang tidak benar sama sekali," katanya.
Mengulas mengenai perkembangan kerja pelaksanaan projek itu, Liow berkata beliau berpuas hati dengan garis masa pelaksanaannya dengan mesin untuk kerja mengorek tanah bagi pembinaan terowong sepanjang 16.3 km yang menghubungkan Bentong dan Gombak dijangka tiba pada November depan.
Katanya, kerja-kerja mengorek terowong itu boleh bermula pada akhir tahun ini dan dijangka memerlukan masa selama tiga tahun untuk disiapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018
Liow menafikan syarikat tempatan tidak diberikan peluang dalam pelaksanaan ECRL kerana lebih 27 syarikat perunding tempatan dipilih untuk terlibat dalam pelaksanaan projek itu di Bentong. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.