Masyarakat tidak sepatutnya menunggu tindakan pihak berkuasa untuk mula mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, orang ramai sepatutnya sedar ancaman wabak itu masih wujud dan bersama-sama memikul tanggungjawab membendungnya.
"Mengenakan denda kepada mereka yang ingkar SOP dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam satu langkah yang perlu dilaksanakan. Cuma saya hairan mengapa perlu sampai ke tahap itu (pihak berkuasa ambil tindakan).
"Sepatutnya pematuhan SOP boleh dibuat dengan kesedaran sendiri, tidak perlu ada paksaan atau gesaan orang luar. Ini tanggungjawab kita semua," kata Lee ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Ahad.
Tambah beliau, kelonggaran yang diberi kerajaan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak sepatutnya diambil ringan.
"Angka jangkitan sejak kebelakangan ini sudah meningkat menjadi dua angka, jadi di sinilah perlunya disiplin dan sikap tanggungjawab yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
"Saya juga mencadangkan agar kerajaan mengeluarkan satu takrif umum bagi membezakan tempat awam dan tempat awam yang sesak.
"Dengan cara ini, orang ramai akan lebih mudah faham dan pihak berkuasa juga lebih mudah untuk menjalankan penguatkuasaan," ujarnya.
Bermula 1 Ogos, mereka yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam akan dikenakan denda RM1,000.
Terbaharu, Malaysia mencatat 13 kes baharu COVID-19 dengan satu kematian, pada Ahad.
Madiha Abdullah
Sun Jul 26 2020
Orang ramai sepatutnya sedar ancaman wabak itu masih wujud. -Gambar fail/ Bernama
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF
Victor Axelsen meluahkan kekecewaannya terhadap BWF yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China.
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Pengasuh didenda RM8,000, campur ubat selesema dalam susu bayi 18 hari
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Hew Foong Chun, 66, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah denda bekas penjaga gol Arsenal
Lehmann dituduh pendakwa raya menggergaji rasuk bumbung di garaj, pada Julai 2022.
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
Agensi privasi Belanda denda Uber AS$324 juta pindah data peribadi pemandu ke AS
Uber telah memindahkan data peribadi pemandu teksi Eropah ke AS dan gagal melindungi data dengan sewajarnya.
Mahkamah denda penyanyi pop Jerman kerana buat tabik Hitler
Muller didapati bersalah oleh mahkamah di bandar Leipzig, kerana menggunakan simbol organisasi yang tidak berperlembagaan dan pengganas.
Rasuah pegawai DBKL: Enam termasuk seorang warga asing didenda
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
EURO 2024: Sepanyol sedia bayar denda turunkan Lamine Yamal
SEPANYOL mungkin berdepan risiko melanggar undang-undang Jerman jika menurunkan ayam tambatan, Lamine Yamal dalam kesebelasan utama pada final Euro 2024 menentang England pada Isnin.
Pemuzik jalanan ajar isteri tentang Millah Abraham dihukum penjara sebulan, denda RM2,000
Norasid mengaku mengajar isterinya ajaran sesat berkaitan Millah Abraham di Felda Palong 3, Gemas, tahun lepas.