SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat, sekiranya bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, peluangnya untuk menjadi menteri besar adalah lebih luas.
Menurutnya, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang merupakan wakil rakyat Kelantan boleh mencadangkan nama Khairy untuk bertanding di sana.
"Kalau Khairy bertanding Kelantan, saya rasa lagi baik, boleh jadi Menteri Besar Kelantan.
"Jadi Wan Ahmad Fayhsal cadangkanlah supaya Khairy bertanding di Kelantan supaya dia boleh jadi menteri besar.
"Saya rasa peluang Khairy di sana lebih terbuka luas sebab yang cadangkan pun orang Kelantan," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang yakin Khairy boleh diangkat menjadi menteri besar jika menyertai Bersatu dan menang PRN.
Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang turut yakin Perikatan Nasional (PN) boleh menguasai Negeri Sembilan atau Selangor jika Khairy bertanding mewakili parti itu.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, Khairy berhak untuk bertanding di mana-mana sekali pun termasuklah di Negeri Sembilan.
"Saya dapat tahu Selangor ada membuat tawaran kepada Khairy untuk bertanding di negeri itu pada PRN akan datang dan dia pun kata seronok hendak bertanding di Selangor.
"Dia tak cakap pula nak bertanding di Negeri Sembilan, walaupun banyak yang cakap dia akan bertanding di Negeri Sembilan.
"Dia sendiri tak beri respon, terpulanglah kepada dia. Ini negeri demokrasi, kita raikan, semua akan cakap dia boleh menang (PRN), itu politik yang saya selalu cakap, kalau tanya saya pun, saya kata boleh menang," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 08 2023
Datuk Seri Aminuddin Harun (kanan) berpendapat, sekiranya Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, peluangnya untuk menjadi menteri besar adalah lebih luas. - Gambar SINAR HARIAN
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
'Peluang KJ jadi MB lebih luas di Kelantan' - Aminuddin
MB Negeri Sembilan saran Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal cadangkan nama Khairy untuk bertanding di Kelantan.