KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan penahanan seorang pemain bolasepak liga tanah air bagj membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh remaja berusia 18 tahun yang didakwa dirogol oleh suspek.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun mengesahkan pihaknya menahan pemain bola sepak itu pada jam 10 malam, 29 Mei lepas di jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
"Saya mengesahkan penahanan dibuat selepas polis menerima laporan yang dibuat mangsa" katanya kepada pemberita selepas Majlis Cinta dan Air mata peringkat Zon Kelantan - Terengganu petang tadi.
Suspek berusia 28 tahun serta mempunyai isteri dan dua anak manakala mangsa merupakan seorang jurujual kain dan tudung.
Suspek didakwa merogol mangsa di rumahnya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, PCB di sini sekitar jam 12.30 tengahari 29 Mei lepas.
"Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.
"Dia (mangsa) cuba melawan dan menjerit namun ketika kejadian tiada ahli keluarga dan dia yang tidak berdaya akhirnya dirogol suspek,"
Katanya, mangsa sudah mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan menjalani pemeriksaan kesihatan.
Menurut Muhammad Zaki lagi, hasil pemeriksaan mendapati berlaku kesan koyakan baharu pada hymen (selaput dara) mangsa.
Hasil siasatan dan rakaman percakapan yang dijalankan mendapati mangsa mengenali suspek yang juga pelanggan tetap kedai makan milik emaknya.
Katanya, mangsa juga mendakwa pernah menerima gambar dan mesej berbaur lucah melalui aplikasi WhatsApp daripada suspek tahun lalu ketika masih bersekolah.
"Polis turut merampas baju dan seluar digunakan suspek semasa kejadian jenayah itu dilakukan.
"Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.
Vivi Sumanti
Tue May 31 2022
Suspek didakwa merogol mangsa di rumahnya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, PCB di sini sekitar jam 12.30 tengahari 29 Mei lepas. - Gambar fail
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Tak puas hati keputusan, pemain bola sepak serang pengadil
Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan melibatkan pemain bola sepak dan pengadil yang tular menerusi satu video di media sosial.
Irfan Fandi Ahmad bercinta dengan Ratu Cantik Thailand?
Irfan yang juga anak kepada legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad didakwa menjalin hubungan cinta dengan Miss Universe Thailand 2023, Annotnia Porslid.
Safee ucap selamat tinggal kepada dunia bola sepak profesional
Kata Safee, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk bersara selepas mengambil kira usianya.
Gempa bumi Turkiye: Jasad Christian Atsu dibawa pulang ke Ghana
Pesawat yang membawa jasad pemain bola sepak kelab Hatayspor itu mendarat di Accra lewat Ahad, sebelum kerandanya dibawa untuk upacara pengebumian oleh pasukan tentera Ghana.
Penonton 'tercengang', wanita masuk padang tarik tangan pemain ajak pulang
Kejadian itu membuatkan pemain bola sepak tersebut malu dengan tindakan kekasihnya
Seorang pemain EPL ditahan, disyaki merogol
Dia ditahan semalam selepas seorang wanita berusia 20an melaporkan kepada pihak polis berkenaan tuduhan rogol itu.
Pemain Kelantan United terpalit kes rogol direhatkan
Pasukan itu turut mengesahkan isu rogol terbabit bersabit dengan pemain mereka dan memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang.
Kes rogol: Pemain bola sepak dibebaskan dengan jaminan polis
Pemain bola sepak sebuah pasukan liga tempatan yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Suspek rogol remaja bukan pemain Kelantan FC - TRW
Perkara itu disahkan selepas siasatan dalaman oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan berhubung isu tersebut.
Pemain bola sepak ditahan berhubung kes dakwaan rogol
Suspek didakwa merogol mangsa di rumahnya di Jalan Pantai Cahaya Bulan, PCB di sini sekitar jam 12.30 tengahari 29 Mei lepas.