KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mengingatkan pemain industri pelancongan supaya menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selain meningkatkan mutu perkhidmatan susulan kelonggaran diberikan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Presidennya Datuk Mohd Khalid Harun berkata mutu perkhidmatan industri pelancongan tempatan harus setanding dengan penggiat sektor itu di negara jiran bagi menyambut kedatangan pelancong asing apabila sempadan negara dibuka dalam waktu terdekat.
"Sekiranya mutu perkhidmatan tidak dipertingkat secara profesional maka negara akan kehilangan kedatangan pelancong luar. Begitu juga dengan kepatuhan SOP yang telah digariskan oleh kerajaan terutamanya bagi sektor perhotelan, penginapan dan restoran," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebagai contoh kata Mohd Khalid ialah penyediaan sarung tangan bagi pengunjung yang ingin menikmati juadah bufet di hotel selain penjarakan fizikal serta sanitasi meja dan tempat duduk yang telah digunakan.
Beliau berkata sekiranya kepatuhan SOP tidak diikuti dan terus diabaikan, dikhuatiri ia akan melonjakkan kes COVID-19 di dalam negara sekali gus menyebabkan penutupan sektor pelancongan sekali lagi oleh kerajaan.
Pada masa sama beliau menasihatkan pengunjung pusat pelancongan agar tidak terlalu ghairah dan alpa kepada kepatuhan SOP dengan bersesak-sesak di restoran dan kawasan tumpuan pelancong termasuk Cameron Highlands seperti dilaporkan di media sosial baru-baru ini.
Mohd Khalid berkata pengusaha pelancongan juga perlu mengehadkan jumlah pengunjung bagi setiap hari untuk mengelakkan kesesakan serta memudahkan penjarakan fizikal dan mematuhi kesemua SOP yang ditetapkan.
Beliau turut menyarankan pihak berkuasa tempatan untuk menjaga landskap yang sudah lama terbiar seperti di sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Pekan Kuah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Mohd Khalid berkata, antara contoh SOP ialah penyediaan sarung tangan bagi pengunjung yang ingin menikmati juadah bufet di hotel selain penjarakan fizikal serta sanitasi meja dan tempat duduk yang telah digunakan. -Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
MATA anjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia pada 23 Ogos ini
MATA akan menganjurkan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia (AITEX 2024) edisi kedua selama dua hari bermula 23 Ogos ini.
Pengecualian visa bakal rangsang industri pelancongan negara - MATA
Keputusan itu akan meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menguntungkan bagi pelawat dari China, India, Jordan dan Turki.
MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong
Tindakan beliau itu merupakan usaha yang akan memberi gambaran positif dan menaikkan tahap keyakinan pelancong asing.
MATA anjur persidangan dan pameran pelancongan Islam pada September
MATA akan menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji, Umrah dan Pelancongan Islam Asia (AITEX) 2023 dari 13 hingga 15 Sept.
COVID-19: MATA gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China ke Malaysia
Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.
MAVCOM, CAMM digesa atasi isu kenaikan harga tiket penerbangan - MATA
MATA menggesa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) isu kenaikan tambang penerbangan dengan segera.
Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA
Ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran.
MATA cadang agensi menipu jemaah haji dikenakan hukuman penjara
Bagi mengelakkan ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan.
Pemain industri pelancongan diingatkan tidak abai SOP - MATA
Mutu perkhidmatan industri pelancongan tempatan harus setanding dengan penggiat sektor itu di negara jiran bagi menyambut kedatangan pelancong asing apabila sempadan negara dibuka dalam waktu terdekat
Industri pelancongan perlu perkasa perniagaan digital - MATA
Pemain industri pelancongan negara perlu fokus ke arah memperkasa perniagaan digital untuk membina semula industri berkenaan yang telah lama terhenti susulan pandemik COVID-19.