PUTRAJAYA: Pemandu bas yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu didapati mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Zailani Hashim berkata, ia termasuk satu saman yang baharu dikeluarkan atas kesalahan memandu menggunakan telefon bimbit yang tular di media sosial.
"Tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil terhadap pemandu tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Zailani berkata, JPJ melalui Unit Pemeriksaan & Kawalan Kenderaan Perdagangan (UPKKP), Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan notis saman terhadap pemandu bas berkenaan.
"Pemandu berkenaan telah melakukan kesalahan kerana menggunakan telefon bimbit, semasa memandu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Zailani berkata, pihaknya telah menyiasat dan mengenal pasti bahawa pemandu yang membawa bas milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.
"JPJ ingin menegaskan bahawa tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan kesalahan serius dan berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya," katanya.
Zailani berkata, JPJ ingin menasihati kepada semua pemandu dan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
"Manakala pihak syarikat juga perlu memantau rapi pemandu kenderaan masing-masing supaya lebih berhemah dan beretika ketika memandu, supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang demi keselamatan penumpang bas ekspres dan pengguna jalan raya lain," katanya.
Pada Ahad, media melaporkan polis telah mengambil keterangan pemandu bas berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, pemandu bas berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 02 2023
Pemandu bas yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu didapati mempunyai 13 saman kesalahan jalan raya. -Foto Sinar Harian/video tular
Ali XPDC sesak nafas, Exco bantu hantar ke Hospital Serdang
Ali XPDC dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Salak Tinggi, Sepang.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.
Faktor usia bukan penghalang nenek tiga cucu jadi pemandu bas
Nor Shuhaini telah berkhidmat bersama bas Rapid Penang selama sembilan tahun untuk menyara keluarga.
Mahkamah Rayuan kurangkan hukuman penjara bekas pemandu bas kepada 60 bulan
Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 70 kepada 60 bulan terhadap seorang bekas pemandu bas atas kesalahan memandu secara berbahaya.
Penumpang perlu lapor jika pemandu bas langgar peraturan jalan raya - JPJ Kedah
Antara kesalahan yang sering dikesan ialah memandu sambil menggunakan telefon bimbit, memandu dalam keadaan merbahaya dan melebihi had laju.
'Abang bas' bersengkang mata bantu jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2023
Mohammad Saudi teruja dapat menabur bakti kepada negara pada sambutan Hari Kebangsaan dengan memastikan penumpang selamat tiba ke destinasi.
MOT akan tambah baik kebajikan, faedah pemandu bas - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menambah baik kebajikan dan faedah pemandu bas dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang menyertai bidang itu, kata Menterinya Anthony Loke.
Gaji tidak setimpal punca pemandu bas berkurangan - Anthony
Kadar bayaran gaji yang tidak setimpal menjadi punca berlakunya kekurangan pemandu bas di negara ini.
Kerajaan cadang perluas pelaksanaan MyLesen - Loke
Kerajaan bercadang untuk memperluaskan perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E (bas).
Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemandu
Menyamar sebagai penumpang antara taktik digunakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti serta mengambil tindakan ke atas pemandu bas yang melakukan kesalahan.
E-Mutiara mohon henti tular video pemandu bas putus tangan
Ia bagi menjaga sensitiviti dan perasaan mangsa serta keluarga yang sedang berada dalam kesedihan ketika ini.