Pemandu teksi perlu ubah sikap.
Itulah antara saranan dan harapan yang diluahkan oleh Pengerusi Sistem Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Mengulas laporan Astro Awani mengenai isu pemandu teksi yang enggan menggunakan meter baru-baru ini, Syed Hamid meluahkan harapan untuk sistem teksi Malaysia mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan.
“Kami ingin melihat perkhidmatan teksi ini mencapai satu tahap 'self-regulated' setaraf dengan negara-negara maju, seterusnya meletakkan negara kita keluar dari penyenaraian pemandu teksi yang terburuk di dunia,” kata Syed Hamid
Dalam laman web londoncabs.co.uk, Malaysia disenaraikan sebagai negara yang mempunyai sistem teksi terburuk di dunia dimana perkara ini boleh menjejaskan nama negara.
Menurut Syed Hamid bagi memastikan isu ini dibendung, pihak SPAD sentiasa melakukan pelbagai jenis penguatkuasaan termasuk penguatkuasaan bersepadu bersama PDRM, JPJ dan DBKL.
“Pihak SPAD telah pun mempunyai undang-undang yang cukup baik, ketat dan keras. Apa yang penting ialah pematuhan kepada undang-undang dan kesungguhan untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang,” kata Syed Hamid.
Dalam usaha mengatasi masalah ini, Syed Hamid memberitahu bahawa pihak SPAD telah melancarkan satu sistem aduan baru yang boleh diakses oleh orang ramai.
Tambah beliau, inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah yang baik dimana orang ramai dapat memberi maklumat kepada pihak SPAD untuk membuat tindakbalas susulan.
“Saya optimis dengan sistem aduan baru SPAD. Sistem ini bagus untuk orang ramai menyampaikan maklumat dan untuk SPAD membuat tindakbalas susulan. Ini menunjukan SPAD prihatin kepada keperluan orang ramai, kata Syed Hamid.
“Saya menyeru orang ramai agar menggunakan saluran baru ini agar dapat berhubung terus dengan kami. SPAD memerlukan maklumat terperinci agar tindakbalas susulan dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” tambah beliau.
Baru-baru ini, Astro Awani telah menjalankan satu membuat tinjauan di beberapa tempat sekitar ibukota dimana 12 daripada 13 pemandu teksi tersebut enggan menggunakan system meter yang disediakan.
Daripada tinjaun tersebut, Astro Awani mendapati rata-rata pemandu teksi ini mengenakan kadar bayaran yang sangat mahal sehingga mencecah RM70 untuk satu perjalanan sahaja. Antara alasan yang diberikan mereka adalah kesesakan lalulintas walaupun pada hari Ahad.
Orang ramai boleh menghubungi talian hotline, 1-800-88-SPAD (7723); email kepada [email protected]; twit pihak SPAD di @aduanTwitter; atau lawati laman sesawang www.spad.gov.my.
Arfa Yunus
Mon Nov 19 2012
SYED HAMID: Mahu Malaysia keluar dari senarai pemandu teksi yang terburuk di dunia
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Fahmi arah telco tawar pelan lebih baik, murah kepada pemandu teksi, e-hailing
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta syarikat telco mencari mekanisme terbaik untuk menyediakan satu pakej internet yang lebih baik serta murah kepada pemandu teksi dan e-hailing.
Penghantar barang didakwa bunuh pemandu teksi
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris, 51 tahun.
Insentif pemandu teksi, pengusaha bas sekolah dibayar 'one off' tahun ini
Bayaran akan dilakukan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Pemuda autistik ditemui selamat oleh pemandu teksi
Pemuda itu ditemukan kira-kira jam 9 malam oleh seorang pemandu teksi sejauh kira-kira 35 kilometer dari dia dilaporkan hilang.
Pemandu teksi Jepun ditahan akibatkan kematian burung merpati
Sistem perundangan Jepun menetapkan hukuman berat bagi penderaan haiwan.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Pemandu teksi 'jahat' pulang wang tunai lebih RM50,000
Pemandu teksi itu menemui sejumlah wang tunai ditempat duduk belakang dipercayai milik tiga warga Bangladesh.
Suspek kes bunuh pemandu teksi direman
Seorang lelaki direman selama tujuh hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang pemandu teksi dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir.
Mahkamah Rayuan kekal 10 tahun penjara pemandu teksi seludup warga Indonesia
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman 10 tahun penjara ke atas seorang pemandu teksi yang mengaku bersalah menyeludup 24 imigran warga Indonesia.
Bajet 2023: Apa yang pengguna pengangkutan awam inginkan?
Pastikan laluan pejalan kaki dan laluan menuju ke stesen pengangkutan awam diterangi cahaya, dilindungi dan dipantau sepanjang masa.