Seorang wanita cedera selepas dicederakan pemandu teksi yang merompaknya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira 8.45 pagi itu berlaku di belakang pusat beli-belah Subang Parade.

Menurut Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, mangsa ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di SS16 sebelum suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan meletakkanya di telinga mangsa.

"Tindakan suspek berkenaan membuatkan pengadu terkejut dan dia kemudiannya dicederakan,

"Pemandu teksi berkenaan turut menunjukkan senjata dipercayai pistol kepada mangsa," katanya.

Suspek yang memandu teksi berwarna merah putih itu mengambil wang tunai RM1,500, telefon bimbit dan kunci rumah dalam beg milik mangsa.

Pemandu teksi itu kemudiannya menurunkan mangsa di hadapan Pejabat Pos Jalan SS15 dan meninggalkannya lokasi berkenaan.