Antara faktor punca pencemaran berlaku setiap tahun adalah penguatkuasaan. Pakar alam sekitar, Almir Ayat berkata sistem pemantauan yang sedia ada mungkin boleh diperkukuhkan lagi.
"Namun dalam kes baru-baru ini, sistem pemantauannya agak sistematik dan bagus sebab saya dapati bahawa setiap jam, pemantuan itu dilaksanakan jadi apabila keadaan ini berlaku kita boleh pantau dalam setiap jam dan masih boleh dirawat dengan baik," kata beliau.
Tambahnya, tumpahan minyak yang berlaku di Sungai Selangor dua hari yang lepas adalah satu fenomena yang biasa berlaku kerana terdapat banyak syarikat dan kilang yang mengamalkan aktiviti ini.
“Terdapat banyak syarikat seperti ini, terutamanya yang ini mungkin terlalu bodoh untuk melepaskan minyak yang begitu banyak pada masa yang singkat. Mungkin ia adalah untuk menghilangkan lumpur minyak tambahan yang mereka tidak boleh jual atau kitar semula,” beliau berkata.
Almir juga berkata berdasarkan pengalaman beliau kemungkinan kejadian ini berlaku sekitar tengah malam hari Jumaat dan ia sampai ke air yang dirawat sekitar pukul 8 pagi semasa pemantauan loji rawatan air.
“Kita bernasib baik kerana kehadiran minyak dikesan di peringkat awal. Jika tidak, penutupan ini mungkin lebih lama,” beliau berkata.
Terdapat peruntukan dalam undang-undang yang boleh menghukum mereka yang mencemarkan alam sekitar.
Pada pagi Jumaat, sebuah lori tangki yang membawa diesel terbabas ke dalam Sungai Selangor, menyebabkan tumpahan minyak ke dalam sungai
Kejadian ini memaksa penutupan empat loji rawatan. Walau bagaimanapun, loji-loji tersebut telah dibuka semula awal Sabtu.

Penutupan loji rawatan ini telah menyebabkan lebih sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air.