SEANDAINYA bisnes seperti berlumba lari bukankah senang? Kalah menang semuanya adil. Siapa cepat dia menang.
Siapa lebih banyak berusaha dan siapa mempunyai kelebihan teknik, semuanya untuk menentukan juara.
Mungkin persamaan antara bisnes dan lumba lari tidak ketara dalam kehidupan seharian terutama apabila kitaran hidup berulang mengikut tanda waktu setiap 24 jam.
Seorang penjual nasi lemak mula memasak pada pukul 4 pagi dan mula berniaga pada pukul 6.15pagi.
Sebaik selesai berniaga pada pukul 10 pagi, si peniaga itu harus pula bergegas ke pasar untuk membeli bahan mentah yang kemudiannya dicuci, dihiris, dipotong dan disimpan dengan kemas di peti sejuk sebagai persediaan bisnes hari seterusnya.
Sebaik siap semua kerja itu, dipandang jam sudah masuk waktu petang. Ini belum lagi nak semak dan dokumenkan jual-beli di buku kira-kira.
Belum lagi luangkan masa memikir tentang cara-cara untuk meningkatkan daya saing bisnes.
Malah, ramai pemilik bisnes sudah puas dan ingin rehatkan minda dan badan sebelum bermula hari yang seterusnya.
Ramai yang mengeluh, manalah terdaya untuk melihat bisnes seperti medan pertarungan setiap hari?
Namun saya ingin berkongsi di sini bahawa perjalanan bisnes itu sebenarnya lebih tepat jika disamakan dengan larian jauh, seakan-akan maraton.
Pada hakikatnya, memang bukan lumba lari pecut – kemenangan tidak ditentukan oleh kelajuan ataupun jangka masa tetapi seperti dalam lumba maraton, yang menjadi penentu kejayaan adalah daya tahan, fokus dan disiplin.
Banyak syarikat besar mampu besarkan lagi bisnes sebab mereka tekun mengasah kemahiran bisnes dan mampu melakukan perubahan setiap hari dengan pasukan modal insan yang besar.
Setiap hari ada sahaja pemimpin yang diamanahkan untuk membuat yang lebih baik, untuk mengkatkan efisien bisnes, untuk mencadang dan mencuba cara baru mendekati pelanggan.
Pasti ada yang mempersoalkan sistem berkenaan barangkali sesuai untuk syarikat-syarikat besar, bagaimana pula dengan mereka yang menjalankan bisnes secara kecil-kecilan?
Jangan lupa yang bisnes besar ada juga kekangan mereka – apa sahaja perubahan yang ingin dibuat akan mengambil masa, komunikasi di syarikat yang besar biasanya amat rumit dan amalan terbaik dengan mudah sahaja menjadi sekadar bahan Power Point.
Saya bukan nak banding cara nak jalankan bisnes untuk saiz bisnes yang berlainan. Bila memikirkan hal persaingan, ramai yang hanya melihatnya dari sudut siapa yang lebih baik.
Sebenarnya, artikel ini menginginkan pembaharuan dalam pemikiran peniaga tatkala memikirkan tentang hal daya saing bisnes kecilan sendiri.
Jangan mengecualikan perniagaan ataupun jenama besar sebagai pesaing bisnes anda. Yang penting adalah kita perlu memahami bagaimana kita perlu bersaing.
Seperti pelari maraton, langkah permulaan adalah untuk kita memahami sumber bisnes sendiri dan kemudian kita beranikan diri untuk panjangkan visi kita ke depan – di mana dan apakah gol kita dengan garisan penamatnya?
Sekiranya tidak boleh dibayangkan sasaran ini, kita mula dengan kemenangan kecilan – mungkin peningkatan jualan sebanyak 20 peratus setiap minggu?
Jangan biarkan keputusan bisnes ditentukan nasib atau perubahan organik.
Seterusnya, kita beralih pula pandangan kita kepada pesaing. Kita pilih satu pesaing yang saiznya lebih kurang sama dengan bisnes kita dan kita pilih satu lagi pesaing yang besar supaya ia dijadikan sasaran aspirasi kita sementara kita memahami hala tuju bisnes sendiri.
Setiap hari, dengan pandangan yang segar, kita kena perhatikan kedua pesaing ini dan dipastikan yang kita bukan setakat mempelajari sesuatu, kita juga perlu salin dan tampal apa yang dinampak itu di bisnes sendiri.
Sebagai contoh, cara meletakkan tanda harga, cara memberi promosi, cara nak habiskan stok, cara susunan stok dan pelbagai lagi.
Sama seperti maraton, kita kena bina pacemaker kita sendiri – rentak perniagaan kita hanya akan timbul sekiranya kita memahami diri sendiri berbanding pesaing yang lain.
Hanya apabila kita mula mempelajari daripada pesaing kita, barulah kita boleh melakarkan strategi untuk mara ke depan dan menjadi lebih baik…
Minggu depan: Saya tidak sekadar nak pertahankan perniagaan, saya nak sukses!
Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Eksekutif di GEMA iaitu sebuah NGO berdaftar dan antara usaha GEMA adalah membolehkan pemindahan teknologi dengan para usahawan kecilan.
Low Ngai Yuen
Tue Jan 22 2019
JANGAN sesekali mengecualikan perniagaan ataupun jenama besar sebagai pesaing bisnes. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
[KOLUMNIS] Mengemudi bisnes di era digital: Adaptasi atau ketinggalan?
Walaupun teknologi digital menawarkan banyak peluang, tidak dinafikan ia juga datang dengan cabaran.
[KOLUMNIS] Kenaikan gaji minimum RM1,700: Peluang atau cabaran untuk syarikat?
Walaupun kenaikan gaji minimum sering dianggap sebagai beban oleh majikan, ia sebenarnya boleh menjadi pemangkin kepada peningkatan produktiviti.
[KOLUMNIS] Mentransformasi seni digital serlah kreativiti universiti
Kombinasi ilmu dan seni dalam kehidupan adalah seimbang - ilmu memberikan ketertiban dan kejelasan, manakala seni membawa kedamaian dan kegembiraan.