Pembangkang diminta berhenti daripada mengeluarkan fakta mengelirukan mengenai kerjasama strategik antara Saudi Aramco dengan Petronas dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata kenyataan tersebut bukan hanya tidak tepat malah boleh menyebabkan pelabur luar memandang rendah kepada negara ini.
"Sebab itu saya katakan, baca, jangan kutip cerita-cerita di tepi jalan...saya mahu beritahu pembangkang ini, baca (maklumat mengenai projek itu) dalam website Petronas dan buat research, supaya tidak akan keluar statement sebegitu.
"Your fakta semua berterabur. Inilah yang membimbangkan kita kalau kenyataan seperti ini keluar dari pembangkang, ia akan menyebabkan pelabur luar negara kata kita (Malaysia) ini 'pariah'," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, kenyataan mengelirukan itu termasuklah tuduhan bahawa perjanjian strategik itu akan lebih menguntungkan Saudi Aramco dan merugikan Petronas serta kononnya projek itu menjual kepentingan negara dalam projek RAPID.
"Saya hendak jelaskan keseluruhan projek ini dinamakan Kompleks Petroleum Antarabangsa Pengerang (PIPC) dan di dalamnya mempunyai komponen Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dan inilah yang bernilai RM27 bilion.
"Kemudian dalam PIC pula ada komponen RAPID yang ada kerjasama antara Saudi Aramco dan Petronas, jadi tidak betul bila Yang Berhormat menuduh bahawa pelaburan yang Saudi Aramco buat dalam RAPID itu adalah 50 peratus dalam PIPC, sebab pelaburan itu hanya dalam komponen RAPID," kata Abdul Rahman.
Terdahulu, menjawab soalan asal Ko yang ingin tahu status pembinaan dan anggaran kos projek itu, beliau berkata sehingga kini keseluruhan projek PIC merangkumi projek RAPID telah siap 60 peratus dan dijangka siap dan mula beroperasi pada 2019.
Dalam pada itu, Abdul Rahman menjelaskan keputusan Saudi Aramco melabur dalam projek RAPID di Pengerang adalah satu pengiktirafan kepada usaha dibuat Petronas dan juga hubungan baik kedua-dua negara.
"Saya percaya, banyak lagi kelebihan ekonomi yang boleh dikongsi warga Malaysia dengan negara Arab Saudi untuk manfaat kedua-dua buah negara pada masa hadapan.
"Di samping itu, ia adalah penanda aras kepada keyakinan pelabur luar terhadap ekonomi negara dan juga terhadap kepakaran dan kebolehan insan anak tempatan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2017
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata kenyataan tersebut bukan hanya tidak tepat malah boleh menyebabkan pelabur luar memandang rendah kepada negara ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).