Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir telah digunakan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka apabila bekas perdana menteri itu dibawa menyertai sesi taklimat Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sesi taklimat perundangan selama sejam itu telah diadakan secara tertutup antara beliau dengan anggota-anggota Parlimen pembangkang di Bangunan Parlimen pada tengah hari tadi dan tidak mengundang bekas perdana menteri itu.
"Saya pun tidak pasti bagaimana dia (Tun M) masuk, tapi biarlah dia masuk, nak buat macam mana. Saya buat (taklimat) untuk MP pembangkang sahaja. Jadi kalau mereka panggil, saya nak buat macam mana? Itu hak merekalah.
"Tapi saya terkilan sebab saya dengan opposition, kita ada banyak undang-undang nak bincang.. tapi tadi nak bincang, mereka bincang isu politik... macam mana nak bincang tentang perundangan tersebut?" katanya kepada wartawan di Bangunan Parlimen.
Katanya, Dr Mahathir telah diguna oleh pembangkang untuk memenuhi agenda politik mereka.
"Saya tak salahkan Tun M. Bagi saya dia telah diguna pakai oleh pembangkang sebab pembangkang ni nak gunakan Tun M sebagai taktik hendak menakut-nakutkan.... Tapi saya kesian kat Tun M," katanya.
Azalina berkata tindakan beberapa anggota parlimen pembangkang yang meninggalkan taklimat sebelum ia berakhir menyukarkan lagi proses penerangan mengenai RUU itu dan menunjukkan keadaan mereka yang terdesak.
"Pagoh keluar, Lembah Pantai keluar, dia (Tun M) pun keluar sebelum habis (sesi taklimat). Tapi nak buat macam mana... mereka datang cakap, lepas itu keluar," katanya.
Mengulas lanjut, Azalina berkata kerajaan kini adalah lebih terbuka kerana sedia mengadakan dialog dan taklimat dengan pembangkang ketika hendak menggubal sesuatu undang-undang berbanding semasa pemerintahan Dr Mahathir yang tidak pernah diadakan sesi sedemikian bersama blok tersebut.
"Saya sekurang-kurangnya berdialog untuk kepentingan awam supaya sebagai wakil rakyat, mereka boleh bersuara dan menyatakan pandangan tentang perundangan tersebut.
"Saya hendak dengar pandangan (dari sudut) undang-undang, tetapi mereka hanya memberikan pandangan dari sudut politik," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 27 2018
Azalina mendakwa Dr Mahathir telah diguna oleh pembangkang untuk memenuhi agenda politik mereka.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.