PUTRAJAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan pembangkang kini hanya suka memainkan sentimen 'acah-acah' untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru, Rafizi, yang juga Menteri Ekonomi, berkata Kerajaan Perpaduan perlu memastikan kestabilan politik yang berjaya dibawa Anwar merangkap Presiden PKR itu selepas setahun pentadbiran kerajaan terus dikekalkan.
Ini kerana, beliau berkata kaedah acah-acah dimainkan pembangkang itu telah bermula sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.
"Daripada dulu macam-macam yang pembangkang mula acah. Mula-mula masa tempoh seminggu itu (selepas pasca PRU15), dia (pembangkang) acah cukup jumlah (sokongan untuk menjadi Kerajaan Persekutuan).
"Kemudian, selepas Datuk Seri Anwar angkat sumpah (sebagai Perdana Menteri) masih lagi acah nak tebuk atap sehinggakan pelabur dan media tanya kita, adakah kerajaan ini akan tumbang.
"Selepas itu, masuk bulan empat (April) dan lima (Mei) acah baharu pula, acah nak menang di Selangor (dalam Pilihan Raya Negeri). Dah tak menang, mari acah kerajaan akan tukar pada 31 Ogos dankita pula tunggu sampai '45 Ogos' sampai ke sudah tak bertukar," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.
Rafizi berkata ketika ini, pembangkang juga dilihat semakin tiada isu relevan untuk dimainkan dalam politik dan sekarang sering membangkitkan isu berkaitan populariti Anwar dan Kerajaan Perpaduan yang kononnya semakin jatuh disebabkan keadaan ekonomi tidak baik
Malah, beliau berkata pembangkang hanya berlandaskan pandangan atau pendapat daripada penganalisa poltitik mahupun kaji selidik yang tidak berpandukan data, bukti serta kupasan yang baik.
"Maka pandangan ini kita ambil 'as a pinch of salt'. Begitulah juga pandangan saya, kalau soal populariti ini dan perkara-perkara yang cuba dimainkan (pembangkang) sekarang. Sebab kalau ingat sejarah kita, bila masa orang kata PKR dan Datuk Seri Anwar ini popular.
"Memang tak pernah pun, pada zaman dulu pun ada orang kata PKR ini 'party the weakest link'," katanya dan menambah kenyataan sebegitu pernah dinyatakan oleh beberapa penganalisa politik.
Beliau turut berkata ketika penubuhan awal PKR pada 1999, ada juga penganalisa politik yang menyatakan bahawa parti yang ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum tidak akan ke mana-mana, malah tiada harapan di negara ini.
Rafizi berkata biarpun begitu, PKR bukanlah sebuah parti politik yang menunggu untuk didendangkan oleh mana-mana pihak berkepentingan sejak hari pertama penubuhannya.
"...kerana keputusan kita menongkah arus dan kadang-kadang keputusan kita mendahului zaman. Ambil masa untuk rakyat kumpulan cerdik pandai ini (penganalisa) dapat melihat perkara yang hanya pada ketika itu berdasarkan bukti kita, data kita, kepekaan kita, bahawa dekatnya kita dengan suara hati rakyat.
"Maka, kalau nak jadi parti yang berjaya bawa perubahan dan anjakan dalam negara dan masyarakat walaupun sering kita dikritik berkali kali, saudara-saudari setialah, insya-Allah dengan Keadilan (PKR), kita akan terus mencipta masa depan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Rafizi berkata kaedah dimainkan pembangkang itu telah bermula sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan pada pasca PRU15 lepas. - Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.