Pembangkang dan wakil media hari ini mengemukakan rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menarik semula larangan membuat liputan di lobi Dewan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan surat yang memohon pihak Dewan Rakyat menarik balik larangan berkenaan supaya memudahkan wartawan untuk membuat liputan di lobi Parlimen.
“Kami (Pembangkang) mohon agar Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menimbang keputusan larangan terhadap wartawan.
“Kedua, kami mohon buat konsultasi di antara pihak media dengan Dewan Rakyat,” katanya.
Sementara itu, sekumpulan petugas media di Parlimen mengemukakan satu petisyen agar Pandikar mempertimbangkan semula larangan tersebut.
Petisyen yang ditandatangani 70 petugas media itu terdiri daripada wartawan, jurukamera dan jurufoto daripada pelbagai agensi media.
“Pihak kami sangat menghormati keputusan yang dibuat pihak Tan Sri, namun pihak kami kurang jelas tentang kenyataan Tan Sri yang menyatakan bahawa kami menimbulkan ancaman keselamatan serta mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli Parlimen.
“Kami percaya mendapat akses kepada para penggubal undang-undang merupakan satu kelebihan dan keunikan yang membolehkan para pengamal media untuk bertemu serta menjalankan tugas mereka sebagai pengantara maklumat kepada masyarakat.
“Kami merayu kepada pihak Tan Sri agar dapat mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat,” kata mereka.
Kesemua petugas media berharap surat jawapan akan diperoleh pada Selasa minggu depan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 23 2017
Pembangkang dan wakil media hari ini mengemukakan rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menarik semula larangan membuat liputan di lobi Dewan Rakyat. -Gambar fail/Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pembangkang, media kemuka rayuan larangan liputan di lobi Dewan Rakyat
Petisyen yang ditandatangani 70 petugas media itu terdiri daripada wartawan, jurukamera dan jurufoto daripada pelbagai agensi media.