KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyeru agar blok pembangkang kekal bersatu dan memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan.
Jelasnya, rakyat sendiri boleh menilai apa yang sedang dan sudah berlaku di dalam Dewan Rakyat terutamanya dalam proses kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 yang sehingga kini masih lagi diperdebatkan.
"Sebagai ahli Parlimen pembangkang, apa yang lebih penting untuk kita kekal bersatu, dan apa yang penting adalah keutamaan rakyat.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan kejadian yang berlaku minggu lalu di Dewan Rakyat, bagi pihak DAP, Anthony Loke sudah mengeluarkan kenyataan.
"Saya berada di Parlimen hampir setiap hari dan meniliti isu-isu yang perlu diperdebatkan. Apa yang orang tidak nampak ketika ini adalah, tidak pernah lagi pembentangan belanjawan diperdebatkan setiap hari dan meminta penjelasan yang terperinci oleh menteri yang terlibat," ujarnya.
BACA: 'Saya beri arahan ahli Parlimen DAP jangan bangun' - Anthony Loke
Beliau berkata demikian dalam forum secara maya yang dianjurkan Sabah Unity Movement pada Rabu.
Malah ujarnya, orang ramai juga dapat menilai perdebatan itu melalui media sosial.
Justeru, tegasnya, pihak pembangkang perlu bersatu dan berpegang kepada satu tujuan dan mengutamakan kebajikan rakyat memandangkan pengundi sudah memilih mereka.
BACA: PH semakin lemah, tiada kerjasama, tiada sefahaman - Penganalisis
BACA: Tukar Ketua Pembangkang, pemimpin muda pun boleh - Ketua Whip Warisan
Terdahulu, Ahli Parlimen dari Parti Warisan Sabah (Warisan) dilaporkan bersepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian RUU Perbekalan 2021 pada isnin adalah kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Ali, ketiadaan mereka di Dewan Rakyat memang disengajakan.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Dec 02 2020
Beliau berkata pembangkang perlu bersatu dan berpegang kepada satu tujuan dan mengutamakan kebajikan rakyat memandangkan pengundi sudah memilih mereka. Foto: Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Hannah 'di mana-mana' kerana mahu memahami keadaan sebenar
Ada yang berjenaka bahawa 'Hannah Yeoh di mana-mana' kerana beliau dilihat berada di pelbagai lokasi melibatkan sukan dan belia sejak dilantik sebagai menteri pada awal Disember lepas.
Hannah diharap dapat tangani isu dalam sukan
Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh bakal berdepan cabaran besar dalam menerajui kementerian itu.
COVID-19: Denda RM10,000 langgar PKP keterlaluan dan kejam - Hannah Yeoh
Beliau menyifatkan hukuman yang diumumkan Menteri Kanak Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sebagai kejam dan keterlaluan.
Isu Sugarbook: Selain undang-undang, berikut 10 saranan menangani gejala sosial
Kerajaan disaran mengambil langkah yang menyeluruh dan lebih berkesan dalam menangani gejala sosial, bersekali dengan tindakan undang-undang.
Penderaan kanak-kanak: Promosi Talian Kasih melalui SMS MKN - Hannah Yeoh
Ini termasuk mempromosikannya melalui SMS MKN bagi meningkatkan kesedaran dan memperkasa komuniti setempat dalam melaporkan insiden penderaan kanak-kanak dan keganasan di rumah.
Pembangkang perlu bersatu, utamakan kebajikan rakyat - Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyeru agar blok pembangkang kekal bersatu dan memastikan kebajikan rakyat terus diutamakan.