Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata bahawa pembangkang semakin ketandusan isu untuk menyerang kepimpinan UMNO apabila isu keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak pembangkang.
Jelas beliau, isu keturunan Tun Mahathir ini bukan satu perkara baru dan Timbalan Perdana Menteri bukanlah orang pertama yang mengungkapkan perkara ini, tetapi pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi telah lama menjadikan isu keturunan Tun Mahathir ini sebagai lawak jenaka di dalam ceramah-ceramah mereka.
"Bukan kita tak tahu pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi seringkali menjadikan perihal keturunan Tun Mahathir ini sebagai lawak jenaka mereka di dalam ceramah-ceramah pembangkang. Pembangkanglah yang memulakan gelaran Al Kutty, Mamak Bendahara dan sebagainya itu terhadap Tun Mahathir dulu.
"Jadi, Datuk Seri Zahid hanya mengulangi sahaja apa yang pernah disebut oleh pemimpin pembangkang terhadap Tun Mahathir, apatah lagi beliau kini bersama pembangkang menyerang UMNO yang telah membela dan mengekalkan kedudukan beliau sebegai presiden UMNO selama 22 tahun.
"Kalau nak diikutkan lagi, susur galur keturunan Tun Mahathir ini juga telah menjadi isu yang pernah menjadi buah mulut di kalangan orang Melayu dan ahli UMNO ketika beliau berkonfrontasi dengan Tunku Abdul Rahman lagi. Sehinggakan Tun Mahathir terpaksa menjelaskan perkara tersebut dalam sepucuk suratnya kepada Tuanku Abdul Rahman ketika itu," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
BACA: Dakwaan Tun M, cubaan tanam syak wasangka anggota UMNO - Annuar
BACA: TPM mangsa keganasan politik kebencian melampau - Syed Ali
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang turut berpendapat, isu keturunan ini juga sengaja dimainkan secara besar-besaran oleh pembangkang adalah untuk menutup isu-isu pergolakan dalaman pakatan harapan termasuk isu skandal forex, skandal BMF dan beberapa perkara lagi yang berlaku ketika pemerintahan Tun Mahathir.
"Pihak pembangkang sengaja membesarkan perkara ini untuk mengalih perhatian serta menimbulkan sentimen kebencian rakyat, kononnya ucapan Timbalan Perdana Menteri itu berunsur rasis. Sedangkan apa yang TPM nak beritahu adalah agar ahli UMNO berhati-hati dengan individu yang mempergunakan UMNO sebagai batu loncatan untuk kepentingan politik peribadi mereka sepertimana yang Tun Mahathir lakukan hari ini.
"Tetapi biasalah pembangkang, dalam bab-bab menangguk di air yang keruh seperti ini, mereka memang pakar. Mereka manipulasikan berita itu sehingga isi utamanya diabaikan, tetapi rencah ratus itulah yang ditonjolkan.
"Apa pun isu yang cuba mereka main atau bangkitkan, tidak akan mampu untuk menghalang rakyat daripada melihat kelemahan-kelemahan yang amat ketara di dalam pembangkang. Mereka tidak dapat menutup kelemahan mereka di mata rakyat hanya dengan cuba memanipulasikan isu-isu seperti ini kerana rakyat tidak memilih kerajaan hanya dengan melihat kepada satu skop yang kecil sahaja,” tegasnya.
Astro Awani
Fri Aug 04 2017
ZEIN: Pembangkang ketandusan isu untuk menyerang kepimpinan UMNO apabila membesarkan isu keturunan Dr Mahathir seperti yang disebut TPM. - Gambar Facebook - Zein Isma Ismail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).