Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti pembangkang di negara ini tidak mempunyai agenda positif serta tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat untuk menjamin masa depan negara yang lebib maju dan makmur.
Beliau sebaliknya menyifatkan parti dan pemimpin-pemimpin pembangkang sebagai hanya pandai ''menyerang'' dan mengkritik kerajaan meskipun kritikan mereka selalu tidak masuk akal, tidak waras dan tidak rasional.
"Saya bagi contoh. Bila harga minyak petrol naik (disebabkan harga minyak di pasaran antarabangsa naik), mereka kata Perdana Menteri (PM) yang naikkan. Dia (pembangkang) persalahkan siapa? PM.
Bila harga minyak turun, (pembangkang kata) harga pasaran punya (sebab harga pasaran antrabangsa turun).Itu tak adil. Kalau harga naik, saya kena kutuk, kalau harga turun patutnya saya dapat pujian," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran Sandakan di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri
Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, beberapa menteri kabinet negeri dan persekutuan serta pemimpin masyarakat.
Sebagai contoh lagi, katanya, apabila kerajaan membawa pelabur China melabur di negara ini, pembangkang tuduh kerajaan menjual kedaulatan negara namun apabila kerajaan mengambil keputusan membatalkan perjanjian pelaburan itu, pembangkang mempertikaikannya pula.
Sehubungan itu, kata Najib, rakyat tidak boleh meletakkan harapan kepada parti dan kepimpinan parti pembangkang kerana perjuangan mereka cuma demi kepetingan politik masing-masing dan bukan untuk masa depan rakyat dan negara.
"(Parti Pembangkang) mana boleh tubuh kerajaan yang stabil. Parti Keadilan Rakyat fikir lain. DAP fikir lain. (Tun Dr) Mahathir fikir lain. (Datin Seri) Dr Wan Azizah fikir lain. (Tan Sri) Muhyiddin fikir lain, (Datuk Seri) Shafie fikir lain.
"Tengok kenyataan-kenyataan mereka. Macam-macam kenyataan. Hari ini cakap lain, lusa cakap lain. Itu sebab saya kata mereka ini (pembangkang) pakar ''U'' turn," katanya.
Beliau juga mendakwa pembangkang cuba menipu rakyat dengan menjanjikan kononnya jika mereka (pembangkang) berkuasa, mereka akan hapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain mempersoalkan ke mana baki daripada RM41 bilion GST yang dikutip kerajaan setiap tahun setelah ditolak RM6 bilion yang diberikan kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Duit yang baki tu pergi ke mana? Pergi kepada pasukan keselamatan kita, ke sekolah kita, kepada guru-guru kita, hospital kita, doktor kita, jururawat, jalan raya, air dan lain-lain lagi semuanya untuk kesejahteraan rakyat," tegasnya.
Justeru Najib menegaskan:" Usahlah tipu, kalau menang dia (pembangkang) kata nak mansuhkan GST. Dia (pembangkang) boleh cakap senang, cakap ni murah tuan-tuan.Apa yang keluar daripada mulut kita ini murah. Tetapi kalau kita tarik RM41 bilion daripada bajet, daripada mana kita nak ''tutup'' (tampung) ruang itu?".
"(Kalau RM41 bilion dikeluarkan daripada bajet) Dari mana nak cari RM41 bilion. Mungkin terpaksa membuang penjawat awam. Mungkin elaun penjawat awam terpaksa kena potong. Mungkin BR1M kena mansuhkan, mungkin projek perumahan rakyat tak dapat buat, mungkin jalan raya tak boleh laksanakan, mungkin Lebuhraya Pan Borneo tergendala," katanya.
Sehubungan itu, perdana menteri mengingatkan pembangkang supaya jangan menipu rakyat dengan membuat kritikan tidak masuk akal kerana pada akhirnya rakyat dan negara yang akan terkesan sedangkan kerajaan BN mahu lakukan banyak lagi untuk membantu rakyat.
Bagi negeri dan rakyat Sabah, beliau berkata beliau sentiasa prihatin dengan kehendak dan tuntutan kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Musa.
"Datuk Musa sebagai Ketua Menteri selalu hantar surat kepada saya dan juga selalu berjumpa dengan saya. Saya lebih suka bagi dia daripada tak dapat (bagi) sebab cara dia betul, dia tidak buat kenyataan terbuka. Dia jumpa dengan saya sebab kita ini satu keluarga, keluarga BN," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengibarkan bendera Jalur Gemilang pada majlis Ekspresi Negaraku di Padang Bandaran Sandakan hari ini. - Foto Bernama
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.
Titah adendum: Anak Najib persoal mengapa perlu sembunyi kebenaran
Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoal mengapa perlu menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.