KUALA LUMPUR: Pembeli hartanah kediaman dari kalangan milenial di Malaysia telah melonjak dengan ketara berbanding tahun lepas dan dijangka terus meningkat sehingga 2024, kata Juwai IQI dalam satu tinjauan.
Syarikat teknologi hartanah Asia itu berkata Tinjauan Belian Rumah Milenialnya juga menunjukkan sebahagian besar ejen hartanah percaya terdapat lebih ramai pembeli milenial dalam pasaran hari ini berbanding 2022.
"Sejumlah 80 peratus daripada ejen percaya bilangan pembeli milenial adalah lebih tinggi daripada tahun 2022, manakala hanya empat peratus percaya bilangan itu telah menurun.
"Tujuh puluh tiga (73) peratus ejen pula percaya terdapat lebih ramai pembeli milenial Bumiputera dalam pasaran hari ini daripada 2022, berbanding hanya tujuh peratus yang percaya jumlahnya lebih sedikit," kata ketua segmen Bumiputera Juwai IQI Muhazrol Muhamad dalam kenyataan.
Beliau menyatakan milenial ialah mereka yang berumur antara 27 dan 41 tahun dan kadangkala turut dikenali sebagai Gen Y. Mereka adalah kumpulan pembeli hartanah yang paling penting, menyumbang 50 peratus daripada populasi umur bekerja di negara ini.
Mengenai penguasaan pasaran, Muhazrol berkata ejen percaya milenial membentuk antara 40 peratus dan 60 peratus daripada semua pembeli, bergantung kepada subpasaran.
Sementara dari segi julat harga pula, 40 peratus milenial Bumiputera memilih unit berharga antara RM300,000 dan RM500,000 berbanding 26 peratus dalam kalangan kumpulan milenial bukan Bumiputera yang lain.
Beliau juga berkata golongan milenial lebih suka kondominium (33 peratus) diikuti dengan hartanah bertanah (30 peratus) dan pangsapuri perkhidmatan (26 peratus).
Beberapa milenial membeli hartanah komersial (11 peratus) kerana mereka memerlukan pelaburan yang lebih besar dan pemahaman yang lebih sofistikated tentang pasaran.
Program yang paling popular ialah program Skim Rumah Pertamaku, diikuti oleh PR1MA Homes, Skim Rumah Pertamaku BNM dan Kempen Pemilikan Rumah.
Kenyataan itu menambah halangan paling sukar untuk diatasi ialah mengumpul wang yang mencukupi untuk bayaran pendahuluan dan ini menjelaskan mengapa program Skim Rumah Pertamaku paling popular dalam kalangan milenial kerana ia membolehkan pembeli membiayai 110 peratus daripada nilai hartanah itu, katanya.
Menurut Muhazrol, golongan milenial meletakkan lokasi pusat dan akses kepada pengangkutan awam sebagai dua ciri paling popular mereka, diikuti oleh keselamatan seperti pintu pagar, kunci, kamera dan pengawal keselamatan.
Ciri penting lain termasuk kolam renang, taman dan kawasan riadah luar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Pembeli hartanah kediaman dari kalangan milenial di Malaysia telah melonjak dengan ketara berbanding tahun lepas dan dijangka terus meningkat sehingga 2024, kata Juwai IQI dalam satu tinjauan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Pembeli rumah dari kalangan milenial dijangka meningkat menjelang akhir tahun - Tinjauan Juwai IQI
Pembeli hartanah kediaman dari kalangan milenial di Malaysia telah melonjak dengan ketara berbanding tahun lepas dan dijangka terus meningkat sehingga 2024, kata Juwai IQI dalam satu tinjauan.