Pelaburan wang simpanan menerusi akaun kedua di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan membeli hartanah mampu menambah perolehan pendapatan apabila bersara kelak.
Hasil tinjauan pendapat yang dilakukan di Kuala Terengganu mendapati kebanyakan rakyat di sini percaya bahawa mereka perlu melakukan persediaan kewangan yang lebih banyak tanpa bergantung harap pada simpanan KWSP semata-mata.
Pembelian rumah dilihat antara pelaburan hartanah yang berbaloi untuk dimiliki sebagai aset kerana selain dijual, ia juga boleh disewakan.
Bagi seorang pekerja swasta, Nur Fatin Amna Ibrahim, 34, ketika ingin membeli rumah bagi tujuan pelaburan, beliau telah mengeluarkan sejumlah RM16,000 daripada akaun kedua KWSP sebagai wang pendahuluan.
"Saya sudah bekerja selama 10 tahun dan telah mempunyai caruman dalam KWSP, namun sering dinasihatkan ibu bapa agar memikirkan masa depan yang lebih cerah dengan membuat pelaburan hartanah pada kadar segera.
"Umumnya, hartanah di bandar raya ini agak mahal dan setaraf dengan bandar-bandar besar yang lain di seluruh negara. Namun mahu atau tidak, rumah tetap satu aset yang berbaloi dimiliki dan buat permulaan saya sudah pun memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Kemaman pada harga RM157,000 lima tahun lalu.
"Sebagai wanita bujang, saya masih menetap bersama keluarga di Marang dan rumah di Kemaman itu saya sewakan pada kadar RM700 setiap bulan dan buat masa ini, rumah itulah satu-satunya pendapatan pasif saya untuk hari tua kelak," katanya.
Selain pembelian rumah pertama untuk diduduki pasangan suami isteri, ada juga pasangan yang merancang untuk membuat pembelian hartanah kedua sebagai pelaburan kerana ia lebih 'selamat dan kurang berisiko' berbanding menggunakan wang simpanan KWSP untuk modal perniagaan apabila bersara kelak.
Bagi Siti Nurul Khaulah Ramli, 29, beliau yakin pelan persaraan KWSP sebenarnya masih cukup digunakan untuk menampung hidup setelah bersara nanti dengan syarat ia tidak dibelanjakan secara boros.
"Secara peribadi, saya mahu menggunakan simpanan KWSP untuk membuat pembelian rumah kedua, mungkin ketika usia saya menjangkau 40-an, memandangkan ketika ini rumah teres setingkat yang didiami adalah atas nama suami.
"Saya bukanlah tergolong dalam kategori mereka yang berminat dalam perniagaan, jadi saya dan suami memang merancang untuk membeli rumah kedua di sekitar Gong Badak kerana ia adalah lokasi strategik sebagai tumpuan pendidikan kerana terdapat banyak universiti dan institusi pengajian tinggi di kawasan itu.
"Rumah itu memang akan kami sewakan kepada pelajar-pelajar universiti mengikut bayaran individu atau mungkin kami sewakan kepada para pensyarah yang sudah berkeluarga.
"Buat masa ini, kami masih meneliti kawasan perumahan yang bagus dan tidak berisiko dilanda banjir serta menyelidik latar belakang pemajunya agar tiada masalah berbangkit di kemudian hari," katanya.
Siti Nurul seterusnya merancang membeli rumah teres dua tingkat dengan lingkungan harga antara RM300,000 hingga RM350,000 sahaja mengikut kemampuan kewangan sedia ada. - Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
Hasil tinjauan pendapat yang dilakukan di Kuala Terengganu mendapati kebanyakan rakyat di sini percaya bahawa mereka perlu melakukan persediaan kewangan yang lebih banyak tanpa bergantung harap pada simpanan KWSP semata-mata. - Gambar Fail
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Pembelian rumah menerusi KWSP jana tambahan pendapatan di hari tua
Pelaburan wang simpanan menerusi akaun kedua di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan membeli hartanah mampu menambah perolehan pendapatan apabila bersara kelak.