Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya melaksanakan Operasi Pembenihan
Awan (OPA) di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada tengah hari Isnin.
Operasi tersebut berpusat di Pangkalan TUDM Subang dengan disertai oleh 18 wakil media tempatan dan antarabangsa.
Apa yang berlaku?
Operasi bermula seawal pukul 8.50 pagi Isnin apabila pegawai bahagian OPA MET Malaysia memulakan proses melarutkan 800 kilogram garam bersama 4,800 liter air ke dalam empat tong berkapasiti 1,500 liter setiap satu.
Sejurus itu, taklimat pengoperasian, penerbangan dan keselamatan disampaikan kepada 23 anak kapal yang terdiri daripada pegawai MET Malaysia, TUDM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan wakil-wakil media tempatan dan antarabangsa.
Sewaktu taklimat tersebut, media dimaklumkan bahawa sektor pengoperasian tertumpu di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Ini kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan trend meningkat di tiga negeri itu, manakala trend menurun di beberapa kawasan di Johor.
"Di Lembah Klang, kita tengok macam di Putrajaya, sebelah pagi tadi saya tengok sudah mencecah 200. Begitu iuga di Johan Setia.
"Alhamdulillah, di Melaka dan Johor telah berkurangan dan turun bawah 200 sebab angin itu bergerak ke utara, jadi kini melanda Selangor pula," kata Ketua Pengarah MET Malaysia, Jailan Simon.
Pesawat TUDM C-130 yang dikendalikan oleh Mejar Norlela Harun bersama lapan pegawai dan anggota kemudian berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sekitar jam 12.52 tengah hari.
Ia selepas keempat-empat tong berisi larutan garam itu dimuatkan ke dalam pesawat berkenaan.
Larutan air garam tersebut dilepaskan ke dalam awan jenis kumulus menara. Operasi selesai sekitar jam 3.05 petang.
Bagaimana keadaan atmosfera?
Di pantai barat Semenanjung Malaysia, awan komulus menara diramal berada di beberapa kawasan yang amat memerlukan hujan, untuk meredeka tahap jerebu.
Adakah akan berakhir?
Jawapannya tidak. Tidak sekiranya negara jiran yang menjadi punca jerebu rentas sempadan gagal memadam kebakaran.
"Selagi sumber kebakaran itu ada di sana (Indonesia) dan angin bertiup dari sana, asap itu akan sentiasa datang ke kita (Malaysia)," kata Ketua Pengarah MET Malaysia, Jailan Simon
Berjaya atau tidak?
Hujan dilaporkan di Cheras, Bangsar, Petaling, Kuala Selangor, Hulu Langat, Klang, Gombak, Seremban, Tampin, Jelebu, Alor Gajah dan Jasin walaupun tidak menyeluruh
seperti yang dijangka.
Malah, pihak krew juga berdepan kekangan dari segi masalah Air Space Clearance memandangkan aliran trafik udara yang sibuk.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Sep 16 2019
Pesawat TUDM C-130 yang dikendalikan oleh Mejar Norlela Harun bersama lapan pegawai dan anggota kemudian berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sekitar jam 12.52 tengah hari. - Foto TUDM
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.