KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi bayangan empat wakil rakyat gabungan itu akan dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan kabinet Kerajaan Persekutuan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelas Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS telah menyatakan keinginan parti itu untuk mengekalkan pelantikan menteri berdasarkan jumlah dalam Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
“Setakat ini saya tidak dengar apa-apa dari sana (Semenanjung), kemungkinan besar kita akan kekalkan jumlah yang sama.
“Sebelum ini kita ada empat orang Ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri penuh antaranya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baru di DUN Sarawak di sini pada Khamis.
Tambah Abang Johari, beliau tidak mempunyai maklumat individu yang akan menjawat jawatan menteri dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri.
“Hanya Perdana Menteri yang tahu siapakan yang akan menggantikan Wan Junaidi, kita (GPS) hanya meminta untuk kekalkan jumlah Menteri, ia bergantung kepada beliau (Anwar),” ujarnya lanjut.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), empat ahli parlimen Sarawak daripada GPS telah dilantik sebagai menteri penuh dalam barisan kabinet Kerajaan Persekutuan.
Mereka ialah Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kanan Kerja Raya; Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) serta Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Dec 01 2022
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS telah menyatakan keinginan parti itu untuk mengekalkan pelantikan menteri berdasarkan jumlah dalam Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sediakah parti politik lepas kerusi Menteri, beri laluan pada golongan profesional?
Sejauh mana kesediaan parti-parti politik melepaskan kerusi Kabinet bagi memberi laluan kepada golongan profesional.