Setelah meletakkan pasukan transformasi pada pilihan raya umum lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membentuk kabinet transformasi dalam masa terdekat.
Perdana Menteri perlu mempunyai sebuah pasukan yang benar-benar mantap dengan idea-idea baharu bagi terus menjayakan agenda transformasi nasional ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju tujuh tahun lagi pada 2020.
Selain itu, kabinet baharu perlu merasai 'denyut nadi rakyat' setelah mereka menyampaikan mesej pada pilihan raya umum lepas di samping menghadapi cabaran memantapkan perpaduan nasional.
Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabagnsa Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Azmi Hassan berkata mereka yang bakal dipilih menganggotai Kabinet perlulah mereka yang benar-benar layak dan bukan disebabkan faktor sampingan lain.
Beliau berkata berdasarkan keputusan pilihan raya itu, pengundi mahukan sesuatu yang baharu, barisan jemaah menteri perlu terdiri lebih ramai muka baharu dan muda serta berani bersuara untuk kepentingan rakyat termasuk bagi golongan belia.
"Masyarakat Malaysia semakin kritikal sekarang. Mereka yang dilantik sebagai menteri ada kalanya terpaksa menongkah arus jika ia memberi kebaikan dan memenuhi kehendak rakyat," katanya.
Mengenai tindakan pemimpin MCA dan Gerakan yang menolak untuk menganggotai kabinet berikutan prestasi buruk masing-masing pada pilihan raya umum lepas, Azmi berkata perlu ada pemimpin Cina dalam barisan kabinet baharu dalam menyuarakan kehendak masyarakat berkenaan.
Beliau berkata tidak semestinya jemaah menteri terdiri daripada pemimpin politik, sebaliknya pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), teknokrat atau ahli perniagaan juga boleh dilantik bagi mewakili golongan berkenaan.
Sementara itu, Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berpendapat sudah tiba masanya ramai golongan muda ditampilkan menganggotai kabinet, dalam usaha menarik kembali sokongan kumpulan berkenaan kepada BN, yang kini beralih kepada pembangkang.
Jika pada PRU-13 lepas di kawasan bandar ramai pengundi menolak BN, beliau turut menyokong cadangan agar sebuah kementerian ditubuhkan bagi menjaga pembangunan dan kehendak pengundi di bandar-bandar seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur sahaja.
Md Shukri berpendapat agar jumlah 25 kementerian yang ada sekarang dikekalkan, namun sebahagiannya perlu dirombak bagi menyesuaikan dengan cabaran serta agenda transformasi menyeluruh yang dicanangkan Najib membabitkan dari segi politik, ekonomi, pentadbiran, pengurusan dan pelaksanaannya.
Misalnya, beliau berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang terdiri daripada banyak agensi, dipecahkan supaya menteri yang bertanggungjawab, dapat memberi lebih fokus terhadap portfolionya.
Katanya 'dimensi politik wilayah' juga harus dielak dalam pelantikan barisan kabinet baharu walaupun negeri-negeri berkenaan menyumbang banyak kerusi kepada BN pada pilihan raya umum lepas.
"Apa yang penting, mereka yang dilantik menganggotai Kabinet betul-betul boleh bekerja dan jawatan mereka di kementerian berdasarkan kepada kepakaran dalam bidang masing-masing, misalnya mereka yang berkelulusan kejuruteraan lebih sesuai dilantik sebagai Menteri Kerja Raya," katanya.
Justeru, barisan kabinet baharu diharap dapat membantu perdana menteri membawa perubahan kepada rakyat dan negara serta dapat memastikan pasukannya mampu menunaikan dan melaksanakan semua aku janji dalam manifesto BN.
Perkara itu penting kerana prestasi gabungan itu akan diberi markah oleh rakyat yang akan mengundi parti yang bakal memimpin negara pada pilihan raya umum akan datang, katanya.
Bernama
Tue May 14 2013
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.
63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke
Hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.