KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin akan mengadakan satu sidang media khas, pada jam 3 petang ini.
Dalam satu catatan ringkas di laman sosialnya, Radzi berkata, sidang media berkenaan adalah khusus mengenai pengoperasian sekolah.
Sebelum ini, beliau juga dilaporkan telah mengadakan pertemuan dan libat urus secara berterusan dengan pemegang taruh, terutamanya warga pendidik dan ibu bapa, khusus bagi membuat penilaian terperinci sebelum keputusan pembukaan sekolah dapat dicapai.
Pada Ogos lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pada 3 Oktober.
Namun, bagi negeri Fasa 2, pembukaan sekolah hanya untuk kelas-kelas peperiksaan, manakala bagi Negeri Fasa 3 pula, sekolah dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Bagi negeri-negeri Fasa 1 pula, Radzi dilaporkan sebagai berkata, semua jenis sekolah tidak dibenarkan beroperasi.
Susulan pengumuman itu, beberapa pihak berharap KPM dapat menilai kembali penentuan tarikh pembukaan sekolah, serta risiko untuk warga pendidik dan murid-murid, memandangkan jumlah jangkitan baharu COVID-19 masih tinggi.
Ketua Biro Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Komuniti GERAKAN Pulau Pinang, Kiew Hen Choong dilaporkan sebagai berkata, keputusan membenarkan murid kembali ke sekolah ketika pandemik masih meruncing sebagai langkah tidak wajar.
Jelasnya lagi berkata, KPM harus membuat keputusan yang bijak apabila mengumumkan pembukaan sekolah dengan meneliti faktor kadar jangkitan dan vaksinasi.
Sekiranya kementerian bertekad untuk kekal dengan keputusan sedemikian, beliau meminta supaya satu pendekatan harus diwujudkan demi memastikan keselamatan pelajar, guru dan pihak berkaitan.
Namun ada juga pihak berpandangan, negara sepatutnya sudah bersedia untuk membuka semula sesi persekolahan, terutama di negeri atau daerah yang sudah mencapai imuniti kelompok.
Pakar pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Hasnah Toran berkata, sudah tiba masa untuk membuka semula sesi persekolahan jika lingkungan sosial sudah divaksin lengkap.
Firdaus Azil
Sun Sep 12 2021
Dalam satu catatan ringkas di laman sosialnya, Radzi berkata, sidang media berkenaan adalah khusus mengenai pengoperasian sekolah. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
COVID-19: KKM kesan pertambahan kes, kluster selepas pembukaan sekolah
KKM mengesan peningkatan kes COVID-19 serta bilangan kluster dari 26 Mac hingga 1 April lalu, susulan pembukaan semula sekolah di seluruh negara.
Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024
Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini.
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, akan diumumkan selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Hampir keseluruhan hadir ke sekolah tanpa penggiliran mulai 21 Mac - Radzi
Pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini adalah lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok
Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan.
Sesi persekolahan penggal 3 ditangguh seminggu - Radzi Jidin
Keputusan itu diambil kira susulan bencana banjir yang berlaku ketika ini telah memberi kesan kepada murid, ibu bapa, guru-guru termasuk sekolah.
Parlimen: Lebih 85 peratus murid hadir ke sekolah - KPM
Keadaan ini menunjukkan bahawa pembukaan semula sekolah secara umumnya diterima baik oleh ibu bapa dan murid.
Kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran tertakluk kepada kajian, analisis - Radzi
Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sekolah diingatkan, beri kelonggaran murid tidak pakai pakaian seragam - Radzi
Pihak sekolah sekali lagi diingatkan agar memberi kelonggaran kepada pelajar yang hadir ke sekolah untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah.
Mulai 8 Nov, tiada penggiliran bagi sekolah 90 peratus vaksinasi lengkap - KPM
Keputusan itu adalah hasil perbincangan bersama dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).