KUALA LUMPUR: Usaha Pembukaan Semula yang selamat kekal sebagai prinsip panduan kerajaan untuk memastikan kapasiti penjagaan kesihatan Malaysia kekal terurus meskipun jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 negara tinggi.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun Twitter rasminya berkata Kuartet Menteri COVID-19 memahami bahawa banyak negara telah mula menghapuskan sekatan bagi menangani pandemik itu pada skala yang lebih besar, namun kerajaan perlu sentiasa berhati-hati.
"Dalam merangka strategi keluar negara kita daripada COVID-19)dan selaras dengan Membuka Semula Dengan Selamat, Malaysia akan memasuki fasa 'Peralihan ke Endemik' tidak lama lagi.
"Lebih banyak sektor akan dibuka, kawalan sempadan dilonggarkan; tetapi langkah berjaga-jaga keselamatan seperti pemakaian pelitup muka dan kebersihan diri mesti dijaga," katanya.
Hishammuddin berkata walaupun kes positif COVID-19 di Malaysia kini lebih tinggi berbanding ketika gelombang Delta pada Ogos tahun lepas, namun bilangan kemasukan pesakit dan kematian yang direkodkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 80 peratus hingga 90 peratus lebih rendah.
"Kami mahu trend #decoupling ini kekal dan @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan) akan terus memantau sebelum memutuskan sebarang kelonggaran yang seterusnya," katanya.
Semalam, Hishammuddin dalam sidang media secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 berkata gelombang Omicron tidak akan menyebabkan kerajaan melaksanakan semula sekatan pergerakan secara besar-besaran kerana ramai rakyat Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksinasi COVID-19.
Beliau juga berkata Kementerian Luar dan Kementerian Pengangkutan sedang meneliti negara asing yang berpotensi untuk dimasukkan dalam senarai Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022
Usaha Pembukaan Semula yang selamat kekal sebagai prinsip panduan kerajaan untuk memastikan kapasiti penjagaan kesihatan Malaysia kekal terurus.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Lebih sejuta rakyat Malaysia kunjungi Thailand antara Jan hingga Okt
Rakyat Malaysia mendahului angka ketibaan pelancong ke negara itu untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
Pulau Langkawi catat kunjungan 200,000 pelancong sebulan - LADA
LADA berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran 2.5 juta kemasukan pelancong ke Langkawi menjelang akhir tahun ini.
MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak
Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin proses pemulihan ekonomi negara akan kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April.
Johor, Persekutuan kerjasama pastikan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura lancar
Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan terus bekerjasama bagi memastikan persediaan pembukaan semula sempadan negara melibatkan sempadan darat Malaysia dan Singapura pada Jumaat ini, berjalan lancar.
IHH Healthcare jangka terus kembali kepada perniagaan teras bukan COVID-19 tahun ini
Pembukaan semula sempadan serta kadar vaksinasi yang tinggi memberi kesan kepada perkhidmatan berkaitan COVID-19.
MyCEB anjur 81 acara perniagaan, sumbang RM834 juta kepada ekonomi 2022
Pembukaan semula sempadan membolehkan aktiviti ekonomi dalam segmen perniagaan, pelaburan, persidangan serta pameran diperkasakan semula.
Sektor penjagaan kesihatan dijangka pulih dengan kukuh - HLIB
Ini membolehkan firma itu mengulangi pandangan 'overweight' terhadap sektor tersebut.
Media digesa terus sokong industri pelancongan perubatan negara - Khairy
Media memainkan peranan penting dalam mempamerkan keteguhan dan dedikasi petugas barisan hadapan semasa waktu sukar.
Johor akan menumpukan isu tangani kemiskinan, mobiliti sosial - Hasni
Kerajaan negeri Johor menyasarkan untuk memberi tumpuan terhadap usahanya menangani isu kemiskinan dan mobiliti sosial akibat pandemik COVID-19.
Wujudkan pasport vaksin ASEAN bagi pulihkan industri pelancongan rantau - MATTA
MATTA membawakan cadangan bagaimana kerajaan negara-negara ASEAN, dapat mengadakan protokol pasport vaksin yang diterima secara meluas.