Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO menunjukkan parti itu memandang serius perbuatan anggotanya yang melanggar peraturan parti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Keputusan ini dilakukan kerana parti memandang serius perbuatan anggotanya...apa tah lagi seorang Timbalan Presiden dan Ketua Perhubungan Negeri yang duduk bersekongkol dengan parti lawan untuk menentang parti dan kerajaan.
"Jadi, saya ingat wajar tindakan ini diambil... sepatutnya tindakan diambil lebih awal," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, hari ini, presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Muhyiddin, yang sebelum ini digantung daripada jawatan Timbalan Presiden, dipecat daripada UMNO bersama-sama Mukhriz kerana melakukan pelanggaran disiplin.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula digantung keanggotaannya sehingga Majlis Tertinggi UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.
BACA: 'Saya tidak dapat makluman rasmi, hanya tahu menerusi berita' - Mukhriz
BACA: Ismail Mohamed pangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula berkata isu berhubung Muhyiddin, Mukhriz dan Mohd Shafie telah banyak kali dibangkitkan namun tindakan disiplin sering ditangguhkan sehingga mereka dengan jelas melakukan perlanggaran disiplin.
"Saya berpendapat dalam politik, tiada seorang pun lebih besar daripada parti. Sesiapa yang pilih untuk melanggar peraturan parti jawapannya adalah berbalik kepada tindakan disiplin. Malangnya, perkara ini berlaku di atas kehendak pihak berkenaan, bukan kita," katanya.
Dalam pada itu, Anggota Majlis Tertinggi Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata keputusan pemecatan itu tidak akan memudaratkan parti kerana Muhyiddin dan Mukhriz sudah lama tidak membantu parti.
"Saya harap ini adalah nasihat atau peringatan kepada anggota UMNO lain... apabila kita masuk parti, ia untuk berjuang, kita tidak boleh kecewa dan derhaka terhadap parti," katanya.
Di JITRA, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz adalah wajar dilakukan daripada membiarkan mereka terus menggunakan platform UMNO untuk mengecam kepimpinan Najib.
Beliau berkata kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu didapati banyak menggunakan platform UMNO untuk bertemu dengan anggota-anggota parti dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan.
"Lebih baik mereka berada di luar...bila dipecat, mereka tidak boleh jumpa (anggota UMNO) melainkan melalui program yang disusun pihak pembangkang," katanya di Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu di sini, hari ini.
Beliau juga berpendapat pemecatan itu sepatutnya dibuat daripada dahulu lagi selepas mereka bersekongkol dengan parti pembangkang untuk melakukan Deklarasi Rakyat.
Di MELAKA, anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Idris Haron pula berkata pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz adalah tindakan yang perlu dibuat bagi memastikan UMNO terus menjadi parti berwibawa dan dipercayai.
Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata sebagai parti berwibawa, UMNO tidak boleh terus memberikan ruang kepada anggotanya berkongsi pentas dengan pembangkang dan menghina kepimpinan sehingga ke tahap merosakkan parti.
"Majlis Tertinggi terpaksa membuat suatu keputusan yang saya kira cukup berat kerana kita terpaksa memilih antara kawan dan semangat kerja berpasukan.
"Saya kira, untuk UMNO terus jadi parti berwibawa dan dipercayai, kita perlu menjadi sebuah parti yang tegas," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Idris berkata dengan keputusan itu, beliau berharap UMNO akan terus kukuh dan menarik sokongan rakyat.
Bernama
Sat Jun 25 2016
Keputusan pemecatan itu dilihat tidak akan memudaratkan UMNO kerana Muhyiddin (kiri) dan Mukhriz dikatakan sudah lama tidak membantu parti. - Gambar fail
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
UMNO anjur konvensyen peringkat negeri mulai bulan depan
Penganjuran itu bagi mempertingkatkan kesefahaman dan kerjasama, antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15
Bung Moktar berkata mesyuarat juga tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya dan menegaskan ia adalah hak Perdana Menteri.
MT UMNO serah kepada Johor untuk lakukan persiapan hadapi PRN
Sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya bukan sahaja di Johor sebaliknya di seluruh negara, kata Ismail Sabri.
Politik Melaka: MKT UMNO akan bermesyuarat Khamis ini - Ahmad Maslan
Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan kemelut politik di Melaka, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen
Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.
UMNO jangan berdiam diri, ambil tindakan pada individu langgar keputusan parti - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata MT UMNO tidak boleh dilihat berdiam diri dengan tindakan membelakangkan keputusan parti.
Masih ada ruang kerjasama UMNO dan Pas dalam MN - Azlan Man
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional (P
Gabung BN-PN: Ahmad Zahid 'langgar' keputusan MT - Sumber
Ahmad Zahid menggunakan kuasa vetonya selaku Presiden UMNO untuk menghalang BN daripada bergabung dengan PN walaupun majoriti ahli majlis tertinggi (MT) parti itu memutuskan sebaliknya.