PONTIAN: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan pemergian bapanya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga memandangkan Allahyarham merupakan idola dan inspirasi anak-anak dalam menjalani kehidupan.
Amirudin berkata bapanya Shari Mokhsin, 67, juga merupakan insan yang cekal dalam membesarkan enam orang anaknya.
"Abah ajar saya menjadi orang yang tabah dengan melihat pengalamannya melalui kehidupan, bermula sebagai pegawai am, pekebun kecil-kecilan dan juga pemandu teksi.
"Itu yang menjadi inspirasi buat kami sekeluarga. Kami kehilangan idola dalam keluarga kerana beliau merupakan contoh insan yang penyabar dan tenang dalam menghadapi liku-liku kehidupan," katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian bapanya di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, di sini hari ini.
Amirudin yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu berkata bapanya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, pada kira-kira 5.30 petang semalam.
Allahyarham meninggalkan isteri Urian Parmin, 67, enam orang anak serta 22 cucu.
Terdahulu jenazah Allahyarham dikafankan dan disembahyangkan di rumahnya di kampung Parit Asam Kumbang, Benut sebelum dibawa dengan van jenazah ke tanah perkuburan Islam yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya itu.
Turut menziarahi jenazah ialah Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat.
Semalam, Amirudin menerusi ciapan di Twitter memaklumkan sempat berkomunikasi dengan bapanya pada pukul 1.27 tengah hari melalui WhatsApp sebelum menerima berita kematian arwah pada 5.30 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 22 2021
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) menyiram air mawar di pusara bapanya Shari Mokhsin, 67, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian kira-kira 10.40 pagi tadi. - Foto BERNAMA
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Pemergian bapa, Amirudin sifatkan kehilangan idola, inspirasi
Amirudin berkata bapanya Shari Mokhsin, 67, juga merupakan insan yang cekal dalam membesarkan enam orang anaknya.