Pemilihan UMNO Bahagian Bakri yang diadakan semalam diputuskan ditangguhkan selepas jumlah undi yang diterima melebihi jumlah perwakilan.
Setiausaha UMNO bahagian Bakri, Othman Taib berkata penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi, selepas proses pengiraan.
"Selepas mendapati terdapat lebihan itu, kita (UMNO Bahagian Bakri) memaklumkannya kepada ibu pejabat UMNO dan kemudian ibu pejabat memutuskan supaya pemilihan berkenaan ditangguhkan.
"Pemilihan semula semua jawatan di peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi termasuk Presiden,
Timbalan Presiden serta Naib Presiden akan diadakan semula pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya yang dihubungi hari ini.
Othman berkata persidangan bahagian itu berlangsung di Dewan Yong Sheng, Simpang Jeram, Bakri, mulai 2 petang semalam.
Untuk jawatan Ketua Bahagian, ia menyaksikan saingan tiga penjuru antara Ketua Bahagian Datuk Hassan Johari, Naib Ketua Mohamed Mustafa Abdul Kadir dan anggota biasa, Mohd Fuad Tukirin.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018
Persidangan UMNO Bahagian Bakri berlangsung mulai 2 petang semalam.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis tahan dua lelaki simbah cat dan baling bom petrol di Batu Pahat
Polis Pahang terima sembilan laporan polis iaitu lima kes simbah cat merah serta empat kes baling bom petrol yang disyaki didalangi lelaki tempatan berumur 37 dan 40 tahun itu.
Lelaki maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Bakri
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita melecur dalam kebakaran di bilik di sebuah rumah di Taman Sri Bakri 3, Muar, hari ini.
Pemilihan bahagian Bakri ditangguh ekoran lebihan undi
Setiausaha UMNO bahagian berkata penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi, selepas proses pengiraan.
Kor Ming tak patut cakap macam tu - Wan Azizah
Tindakan Pengerusi DAP Perak memperlekehkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berceramah di sebuah majlis yang tersebar di media sosial turut mendapat kritikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
SPRM tahan penolong jurutera disyaki rasuah
Sumber memberitahu bahawa lelaki berumur 42 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau, Melaka pada kira-kira 6.30 pagi tadi bagi membantu siasatan.