Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Azmin Ali menyifatkan pasukan yang dibentuk oleh lawannya pada pemilihan parti itu, satu gabungan yang sihat tetapi bimbang kewujudan kelompok boleh memberi kesan negatif kepada parti.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang mencabar Azmin membentuk pakatan dengan calon Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli. Pakatan itu mengangkat slogan Masa Depan Bersama.
Menurut Azmin, pemilihan PKR ini bukan masa untuk bertembung dengan mana-mana individu tetapi menawarkan khidmat untuk masa depan parti.
"Saya bimbang sekiranya kelompok-kelompok ini diwujudkan, ia tidak sihat untuk parti. Saya telah menegaskan saya mengambil prinsip keterbukaan, inklusif.
"Saya tidak mahu parti ini berkempen secara tidak sihat. Saya yakin dengan kematangan anggota-anggota parti untuk melihat kemampuan seseorang itu bukan atas dasar kelompok ataupun kabilah tetapi melihat kemampuan seseorang itu menyumbang kepada parti khususnya dalam persiapan menghadapi PRU ke-14," katanya.
Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis penamaan calon bagi pemilihan PKR peringkat cabang bagi zon tengah Perak di sini, pada Sabtu.
Selain pertembungan antara Azmin dan Saifuddin -- dua tokoh utama dalam PKR, seorang lagi calon nama besar ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Persaingan untuk kerusi No. 2 itu turut disertai oleh ahli cabang Hulu Selangor, Datuk K. Ramachandram.
Bagi empat kerusi Naib Presiden, ada 16 calon yang bertanding termasuk Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan penyandang, N. Surendran.
Pemilihan PKR akan berlangsung antara 25 April hingga 11 Mei ini.
Azmin sebelum ini berkata pakatan atau "kartel" tidak akan menentukan masa depan parti sebaliknya masa depan itu terletak pada tangan ahli-ahli parti.
Astro Awani
Sat Apr 12 2014
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Azmin Ali.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.