Sama ada Rafizi Ramli dibenarkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) nanti.
Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti tidak mempunyai sebarang halangan untuk membenarkan beliau bertanding jawatan tersebut.
"Itu kena tanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Kita kena melihat bagaimana ROS menilai perkara ini.
"Rafizi sepatutnya tidaklah menerima sabitan apa-apa. Dia tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding. JPP mungkin ada keputusan," katanya kepada media di Parlimen hari ini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan PKR mungkin akan dibekukan pendaftaran sekiranya membenarkan Rafizi bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Sementara itu, Setiausaha JPP PKR, Ismail Yusoff berkata pihaknya akan meneliti perkara tersebut termasuk
"Selain daripada JPP, turut terlibat dalam menyaring adalah Jawatankuasa Rayuan, Bantahan dan Disiplin (JRBD). Setakat ini isu Rafizi ini tidak dibincangkan.
"Di dalam peruntukan peraturan pemilihan menetapkan mana-mana individu yang terlibat kes-kes mahkamah memang dilarang, melainkan dapat pengecualian.
"Kami akan melihat perkara ini," katanya kepada media di Parlimen hari ini.
Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan menyatakan pemegang jawatan hilang kelayakan jika beliau disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau lebih, atau penjara setahun atau lebih.
Bagaimanapun, Seksyen 9(4) memperuntukkan individu yang hilang kelayakan itu boleh meminta pengecualian daripada ROS atas syarat tertentu.
Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas Rafizi kerana mendedahkan penyata akaun bank berkaitan anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail pada 2012.
Bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad turut dijatuhkan hukuman penjara sama kerana bersubahat dengan Rafizi.
Mereka didapati bersalah di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA).
Rafizi masih menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.
Beliau tidak dapat menyertai pilihan raya umum 9 Mei lalu disebabkan sabitan itu kerana Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen hilang kelayakan selama 5 tahun, jika sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Aug 27 2018
Nasib calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sama ada dibenarkan bertanding jawatan itu akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR. - Gambar fail/Astro AWANI
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pemilihan PKR: Nasib Rafizi di tangan JPP, JRBD
Nasib calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sama ada dibenarkan bertanding jawatan itu akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP).