Tian Chua
Tian Chua menunjukkan borang pencalonan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR - Astro AWANI /SHAHIR OMAR

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan parti Mei ini.

Tian yang juga Ahli Parlimen Batu menyifatkan beliau mempunyai kelayakan untuk menduduki kerusi nombor dua parti itu.

"Saya menerima sokongan yang baik daripada ahli. Malah saya yakin mempunyai suara yang kuat untuk memajukan parti ini.

"Sebenarnya saya lebih senior daripada yang lain sejak parti ini ditubuhkan.

"Saya kekal berada dalam kedudukan tertinggi parti sejak awal lagi," katanya.

Menerusi pemilihan parti itu Mei ini, Tian bakal menentang penyandang jawatan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Turut memberi tentangan bagi jawatan itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hadir menyerahkan borang pencalonannya hari ini.

Khalid Ibrahim
Khalid hadir sendiri menyerahkan borang pencalonan - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Seorang lagi nama yang disebut-sebut bakal memberi saingan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.