KUALA LUMPUR: Seramai 43 pengunjung di sebuah pusat hiburan di sini dikenakan kompaun sebanyak RM235,000, tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata kesemua mereka yang terdiri daripada 27 lelaki dan 16 wanita didapati melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021 (melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam) semasa tempoh Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kuala Lumpur.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata dalam serbuan itu, kesemua pengunjung telah disaring dan ujian saringan air kencing mereka didapati negatif.
Selain itu katanya, polis turut mengenakan kompaun bernilai RM25,000 kepada pemilik premis berkenaan.
"Polis turut merampas 431 botol pelbagai jenis minuman keras bernilai RM220,500 ekoran kesalahan di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1967 serta rampasan boleh dilucuthak di bawah Akta Kastam 1967.
"Operasi ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam merealisasikan usaha kerajaan menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
polis turut mengenakan kompaun bernilai RM25,000 kepada pemilik premis berkenaan. - Gambar hiasan
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Polis tahan tiga individu edar jus minuman campuran dadah
Polis menahan tiga individu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran jus minuman campuran pelbagai jenis dadah di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan di sini 7 Nov lepas.
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 27 GRO ditahan
Polis menahan 27 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO dalam serbuan Op Noda #KLStrike Force di sebuah pusat hiburan tanpa lesen.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu JIM Kuala Lumpur
Penjaga premis bertindak memadamkan lampu ketika anggota Imigresen memperkenalkan diri, menyebabkan beberapa wanita terjatuh dan cedera.
MATFA gesa pembaharuan segera Akta Cukai Hiburan 1953
MATFA menggesa kerajaan melakukan pembaharuan segera terhadap Akta Cukai Hiburan 1953 yang mengenakan cukai 25 peratus ke atas aktiviti hiburan.
Empat lelaki kemuka representasi gugur kes baling bom petrol di pusat hiburan
Empat individu didakwa terlibat dalam kes membaling bom petrol ke arah sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng Mei lepas mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).