SEREMBAN: Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Katanya, ini bagi memastikan setiap program atau bantuan yang dilaksanakan kerajaan dapat disalurkan kepada golongan sasar dengan tepat dan lebih berkesan.
Beliau berkata pemimpin atau ketua kampung bagi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) perlu mempunyai maklumat antaranya mengenai jumlah penduduk, bilangan ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya.
"Di peringkat Persekutuan, kita terus-menerus ada bantuan nak diberikan kepada penduduk di kampung dan bandar, bila nak bagi kena ada saluran, kadang-kadang ada masalah sikit dari segi penyampaian sebab tak sampai ke saluran sebenarnya.
"Ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Persekutuan untuk melantik ketua-ketua kampung, peranan dimainkan ketua kampung ada banyak, paling utama adalah data yang patut disediakan oleh mereka," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota JPKPP Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan negeri Khairy Jamaluddin di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata setiap ketua kampung dan pemimpin juga perlu mempunyai kemahiran dalam pentadbiran pendidikan, kesihatan dan keselamatan, agar dapat menguruskan kampung dengan lebih baik.
Katanya, JPKK dan JPKKP yang ketika ini berjumlah lebih 15,000, memainkan peranan penting dalam membantu menyediakan perkhidmatan secara sistematik kepada komuniti setempat.
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 123 kampung di seluruh negara dicalonkan dalam pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera yang diadakan selama enam bulan bermula April lepas hingga Oktober ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 29 2022
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (enam, kanan) bersama para penerima watikah selepas menyerahkan pelantikan JPKKP kepada wakil DUN dari lapan parlimen negeri, hari ini. - Foto BERNAMA
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat
Pemimpin masyarakat setempat perlu bekerjasama dan bersatu dalam usaha membanteras aktiviti penyebaran ajaran sesat di kawasan masing-masing.
MB Perak umum BKK Raya 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri, ketua kampung
Kerajaan Perak bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK RAYA) 2024 sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan ketua kampung.
Lantikan ahli majlis PBT, ketua kampung akan diselesaikan segera - Saarani
Kerajaan negeri Perak kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan proses pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua-ketua kampung baharu yang akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Pemimpin, ketua kampung perlu ada data asas kampung
Pemimpin atau ketua kampung perlu mempunyai data asas kampung mereka yang lengkap, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
PM Ismail Sabri berbuka puasa bersama ketua kampung
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama ketua kampung dari seluruh negara di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana.
Wakil rakyat jangan pinggirkan kami - Ketua Kampung Orang Asli
Terima siapa sahaja yang mentadbir Kerajaan Negeri Johor, asalkan mereka tidak melupakan masyarakat Orang Asli di Senggarang.
Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin
Seramai 400 penduduk Kampung Lonek telah berjaya mendapat manfaat daripada program ini dengan menerima suntikan dos pertama vaksin.
Kerajaan Sabah arah semua ketua kampung pantau, kawal COVID-19
Arahan itu selaras kuasa diberikan kepada ketua kampung, di bawah Ordinan Pentadbiran Luar Bandar [Sabah Bab 132] (OPLB) demi membendung penularan COVID-19 di Sabah.
Tok Batin kumpulan pertama penerima vaksin di kalangan Orang Asli Perak
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, mereka perlu menjadi contoh untuk meyakinkan anak-anak buah masing-masing.
Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji
Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.