Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mencabar pemimpin dan parti pembangkang di Sabah agar membentangkan dasar ekonomi, sosial, pendidikan dan keselamatan yang lebih baik daripada BN untuk dinilai rakyat jika berhasrat menukar kerajaan sedia ada.
Katanya dasar seumpama itu penting untuk dijadikan panduan untuk rakyat membuat keputusan dan pilihan mengenai kerajaan yang akan dipilih mereka pada pilihan raya akan datang.
"Cuma, yang saya ingin beritahu rakyat Sabah, setahu saya, bila mendengar kenyataan daripada parti pembangkang, tidak ada satupun yang bersifat dasar, sama ada dasar ekonomi, sosial dan pendidikan dan dasar keselamatan mereka. Yang kita tahu mereka mahu menjadi kerajaan negeri tanpa memberi tahu kepada rakyat apa dasar mereka.
"Semua orang tahu dasar pendidikan BN, dasar ekonomi BN, tetapi pembangkang? Jadi bagaimana rakyat mahu mengundi mereka kalau dasar merekapun kita tidak ketahui. Yang sekarang diwar-warkan pembangkang ialah siapa yang mahu jadi perdana menteri, siapa yang mahu menjadi ketua menteri. Ini semua jawatan berkepentingan," katanya.
Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pesta Angpau dan Anugerah Kecemerlangan Akademik 2017, Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Chung Hwa di sini malam tadi.
Abdul Rahman kecewa kerana parti-parti pembangkang lebih cenderung menggunakan pendekatan menghasut, memfitnah dan memburuk-burukkan lawan politik mereka untuk meraih sokongan rakyat dan bukannya menawarkan dasar-dasar yang lebih baik daripada BN.
"Saya ingin memberi tahu pembangkang, kalau ingin menawan hati rakyat Sabah, mereka perlu datang dengan pengumuman dasar-dasar ekonomi, dasar sosial, dasar keselamatan dan dasar pendidikan mereka. Apa yang akan mereka buat yang berbeza dengan BN selama ini.
"Saya sebagai pemimpin BN akan ulas dasar parti pembangkang ini. Barulah kita dalam politik yang sihat. Barulah kita boleh membangunkan negara. Sekarang ini, tidak ada satupun, jadi bagaimana rakyat Sabah mahu pilih," katanya.
Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata rakyat Sabah bukan bodoh dan mereka bijak memilih kerajaan yang layak untuk Sabah seperti yang dilakukan sebelum ini melalui penukaran kerajaan dan ketua menteri dalam pilihan raya.
Katanya sekiranya pembangkang hanya tampil dengan retorik semata-mata untuk menukar kerajaan dan pemimpin tanpa mengemukakan dasar-dasar, itu pasti tidak dapat diterima dan akan ditolak rakyat.
Menurutnya Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman sememangnya mempunyai dasar yang jelas mengenai hala tuju rakyat dan negeri ini untuk tempoh lima atau 10 tahun akan datang.
Pada majlis berkenaan, Abdul Rahman turut menyerahkan sumbangan Sistem Solar kepada sekolah berkenaan bagi mengurangkan pergantungan kepada sumber elektrik secara biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2017
RAHMAN: Bagaimana rakyat mahu mengundi mereka kalau dasar merekapun kita tidak ketahui?
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).