Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa ada pemimpin parti pembangkang itu ‘diumpan’ untuk keluar parti bagi menyertai Pakatan Harapan (PH) dan ditawarkan dengan habuan tertentu.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebaliknya beliau yakin tindakan dua ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman atas kehendak mereka sendiri tanpa desakan mana-mana pihak.
Beliau berkata, PH tidak perlu mengumpan mana-mana pemimpin UMNO untuk menyertai mereka, memandangkan PH telah pun membentuk sebuah kerajaan yang stabil.
BACA: Kita tahu ada tawar-menawar ahli Parlimen UMNO lompat parti - Annuar
BACA: Selepas Tok Pa, Anifah Aman umum keluar UMNO
Namun sekiranya ada pemimpin UMNO yang telah merasakan bahawa parti UMNO itu telah rosak, mereka berhak untuk meninggalkannya dan bersama-sama PH untuk mengadakan Reformasi 2.0.
“Kita tidak perlu mengumpan pemimpin UMNO, kita telah pun membentuk kerajaan, kerajaan yang ada sekarang ni sebuah kerajaan yang stabil.
“Namun sekiranya ada pemimpin UMNO yang telah merasakan bahawa parti UMNO itu rosak seperti yang disebut Mustapa Mohamed dan Anifah Aman, maka mereka berhak untuk meninggalkan parti politik berkenaan dan bersama-sama Pakatan Harapan untuk mengadakan reformasi,” katanya pada program bual bicara Muafakat peringkat negeri Melaka di Japerun Bemban malam ini.
Mengulas lanjut ujarnya, bagaimanapun, untuk menyertai PH, pemimpin-pemimpin ini mesti menyertai mana-mana proses bagi memastikan perjuangan dan ideologi yang dibawa mereka tidak merosakkan keharmonian di dalam PH.
Azmin terdahulu mengulas laporan sebuah portal berita berhubung kenyataan Annuar Musa yang mengakui ada pemimpin UMNO diumpan dan menerima tawaran untuk keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR.
Annuar selain itu turut mendedahkan ada pemimpin yang meninggalkan parti demi kepentingan perniagaan.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Sep 20 2018
Azmin berkata, PH tidak perlu mengumpan mana-mana pemimpin UMNO untuk menyertai mereka, memandangkan PH telah pun membentuk sebuah kerajaan yang stabil. - Gambar fail
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.