LABUAN: Semua pemimpin UMNO Bahagian Labuan telah menandatangani surat aku janji sebagai bukti kesetiaan kepada parti.
Ketua UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata langkah itu selaras dengan arahan kepimpinan UMNO pusat agar semua pemimpin parti menunjukkan kesetiaan mereka.
"Penandatanganan surat aku janji itu tidak dilakukan pada masa lepas, dan inilah masa yang penting buat semua pemimpin parti yang diberi tanggungjawab untuk menunjukkan komitmen dan kesetiaan penuh mereka kepada parti.
"Seperti yang kita tahu, terdapat banyak kes mengenai pemimpin UMNO, sebagai contoh di Sabah yang telah 'melompat' selepas melihat peluang dalam parti politik lain, dan surat ini penting kerana menggariskan terma dengan jelas seperti yang dipersetujui pemimpin mengikut perlembagaan parti," katanya selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada 60 asnaf di Desa Tunas Hijau malam tadi.
Mohd Rafi berkata sebanyak 30 ahli jawatankuasa UMNO Labuan (termasuk 10 ahli dilantik) serta pemimpin daripada sayap Wanita, Puteri dan Pemuda telah mengangkat sumpah dan menandatangani surat itu semalam.
Mohd Rafi yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata mereka yang didapati melanggar mana-mana klausa yang ditetapkan dalam surat aku janji itu akan berdepan tindakan tatatertib.
"Mereka yang didapati tidak setia kepada parti akan berdepan tindakan seperti dibuang atau digantung keahlian untuk tempoh tertentu," katanya.
Beliau berkata UMNO Bahagian Labuan kini sedang menjalankan program pemutihan atau pembatalan pendaftaran bagi ahli yang menyertai parti lain sejak 2018.
"Kami mementingkan kualiti daripada kuantiti, tiada gunanya mempunyai ahli yang ramai tetapi mereka tidak dapat menyumbang dan tidak setia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Mohd Rafi Alli berkata UMNO Bahagian Labuan kini sedang menjalankan program pemutihan atau pembatalan pendaftaran bagi ahli yang menyertai parti lain sejak 2018. -Gambar Facebook Mohd Rafi Alli Hassan
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.