HULU SELANGOR: Seorang lelaki tempatan dikhuatiri lemas ketika bermandi-manda bersama empat rakannya di Sungai Batang Kali, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.08 petang dengan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Norazam berkata mangsa dikenali sebagai Sunny Dell Ashraff Sa'ari berusia 23 tahun beralamat di Asam Jawa, Kuala Selangor .

"Gerakan mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan dengan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut digerakkan ke lokasi," katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA