Pemuda Umno Malaysia mahu lebih ramai ulama muda diserapkan di dalam sayap itu.

Menurut ketuanya Khairy Jamaluddin, pelbagai program pendekatan terhadap golongan muda telah pun dibuat termasuk BN Youth Volunteer (BNYV) dan juga BN Youth Kampus (BNYK).

Namun, ilmuan seperti Ustaz Fathul Bari walaupun bersama Pemuda, tetapi seolah-olah masih terpisah dengan pergerakan itu.

“Kita ada ilmu dibawah Ustaz Fathul Bari tetapi dia agak terpisah daripadapemuda,” kata beliau dalam ucapan penggulungan persidangan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.

Tambah beliau, pergerakan itu telah berbincang dengan Fathul untukmenyerapkan ulama muda supaya dapat bersama-sama dengan mereka.

“Mungkin selepas ini kita akan buat rombongan melawat universiti di timur tengah untuk mendekati mahasiswa-mahasiswa kita di sana,” kata Khairy.

Sementara itu, Pemuda Umno juga memberi jaminan akan meneruskan langkah untuk menjelajah ke setiap negeri dan bahagian bagi memantapkan jentera sayap itu.

“Bermula daripada selepas perhimpunan agung ini tamat, bahawa yang ataspentas ini… saya akan mengetuai… kami akan terus… kami tidak akan terhenti…kami akan pergi ke setiap negeri dan InsyaAllah kita akan pergi ke setiapbahagian untuk memantapkan jentera pergerakan pemuda,”
kata Khairy.

Sahutan itu berikutan permintaan daripada beberapa perwakilan yang mahu exco-exco Pemuda dan pegawainya turun padang.

Ucapan itu disudahi dengan kata-kata semangat dari ketua Pemuda mengajak ahli-ahlinya menghantar isyarat kepada pembangkang supaya jangan merampas Putrajaya.

“Bangunlah kita sebagai Pemuda Umno gegarkan dewan ini… kita hantar isyarat kepada pembangkang - Jangan cuba rampas Putrajaya! Panglima Umno akan tewaskan pakatan pembangkang!” kata-kata itu sekali lagi disahut dengan laungan gemuruh dalam dewan.