Pergerakan Pemuda UMNO bersedia menggalas tugas dan memikul amanah dalam menggerakkan wacana Transformasi Nasional 2050 (TN50) fasa awal dalam kalangan orang muda.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata meskipun tanggungjawab itu merupakan tugas berat yang diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga perdana menteri kepada beliau dan Pemuda UMNO, ia akan dilaksanakan sebaiknya.
"Terima kasih kepada presiden kerana menyebut peranan Pemuda dan peranan saya dalam ucapan beliau... kali pertama disebut dalam ucapan dasar.
"Saya sangat-sangat terharu dengan amanah yang diserahkan kepada saya. Ini adalah satu tanggungjawab yang sangat-sangat berat sebab ia soal masa depan negara dan saya janji dengan perdana menteri akan menggalas tugas dan pikul amanah itu dengan segala kemampuan yang ada pada saya," katanya.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kelab UMNO Luar Negara bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini,hari ini.
TN50 yang digagaskan Najib merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.
Gerakan untuk mendapat input generasi muda pelbagai bangsa akan dilakukan melalui wacana-wacana nasional seperti yang diputuskan oleh Kabinet dan akan dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan.
Mengulas pertemuan beliau dengan anggota kelab itu, Khairy berkata ia antara lain membincangkan peranan serta penglibatan anggota kelab berkenaan dalam TN50.
Ditanya mengenai ucapan dasar presiden UMNO, Khairy berpendapat ia merupakan satu suntikan semangat kepada anggota parti menjurus kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.
"Ucapan presiden memberi satu rangsangan luar biasa kepada ahli parti berbanding tahun lepas di mana kita berdepan keadaan 'ada gunting dalam lipatan'. Tetapi hari ini, saya yakin 100 peratus perwakilan dan ahli parti bersama presiden.
"Kita tidak lagi (boleh dikatakan) diganggu dan dibelenggu masalah dalaman. Kita sekarang parti yang bersatu, ada perpaduan, kesepaduan erat dan sedia menggalas tanggungjawab membantu presiden menghadapi PRU akan datang," katanya.
Menyentuh prinsip wala' dan kesetiaan yang ditekankan Najib, Khairy berkata ia bukan sahaja perlu dipupuk dalam sayap Pemuda sebaliknya perlu ditanam dalam seluruh institusi UMNO di semua peringkat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2016
Khairy sangat terharu dengan amanah yang diserahkan kepadanya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.