UMNO tidak boleh menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM diatas beberapa siri siasatan dan penahanan pemimpin parti itu kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz berkata bahawa SPRM hanya melakukan tugas mereka dan bukan pendakwaan terpilih seperti mana didakwa pemimpin UMNO lain.

“Itu diaorang (orang UMNO) cakap. Tetapi kena ingat dulu saya menteri SPRM. Saya menjadi menteri jaga SPRM 2004 dan 2013.

“Saya yakin dan percaya tentang kebebasan mereka (SPRM). Dan kalau mereka mengambil satu tindakan kita kena hormati lah,” katanya pada media di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

BACA: PM atau tidak, saya tetap sokong Anwar - Nazri Aziz


BACA: 'UMNO memang dah teruk, tapi tak perlu sampai keluar parti' - Nazri

BACA: Nazri Aziz ibarat 'hantu raya' cari tuan baharu - Penganalisis politik

Nazri berkata jika betul pemimpin tersebut tidak bersalah biarlah ia buktikan di mahkamah.

Sebelum ini segelintir penyokong dan ahli UMNO membidas penahanan pemimpin parti itu termasuk presiden mereka Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini oleh suruhanjaya itu.

Antaranya hhli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Noor Lokman Adam yang mendakwa penahanan Ahmad Zahid kerana bermotifkan politik.

Selain Ahmad Zahid antara yang pernah ditahan dan disiasat SPRM adalah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.