Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di daerah Kuala Terengganu pada Sabtu.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dalam satu kenyataan berkata dua jalan ditutup mulai pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.
"Laluan yang ditutup ialah Jalan Sultan Mahmud dari bulatan Ladang hingga ke persimpangan kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman serta laluan dari bulatan Ladang ke persimpangan restoran makanan segera Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam.
"Bagi pengguna jalan raya yang mahu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pula, mereka dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu laluan pantai Batu Buruk dan masuk ke hospital melalui pintu berhampiran Masjid Al Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang)," menurut kenyataan itu.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengikuti arahan polis trafik bagi mengelak kesesakan manakala penyokong parti pula digalakkan datang awal ke pusat penamaan calon untuk perjalanan lebih selesa dan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 27 2018
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengikuti arahan polis trafik bagi mengelak kesesakan. - Gambar hiasan
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
PRK DUN Mahkota: SPR buat persiapan akhir menjelang hari penamaan calon esok
SPR giat melakukan persiapan akhir sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota, yang berlangsung esok.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.
PRK Jepak: Cuaca diramal cerah pada hari penamaan calon esok
Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak esok, diramal cerah pada sebelah pagi.
PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.
Pastikan Pelangai terus jadi kubu kuat BN - Mohamad
Jentera Barisan Nasional (BN) perlu menyantuni setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, bagi memastikan kawasan itu terus menjadi kubu kuat parti itu di Pahang.
Pengumuman peruntukan tiada kaitan dengan PRN - PM
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung peruntukan kepada golongan belia di Terengganu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Remaja antara dua ditahan terbangkan dron pada hari penamaan calon
Polis telah mengarahkan supaya dron itu diturunkan sebelum dirampas bersama seunit telefon bimbit iPhone 7 Plus.
PRN: Bakal calon disaran buat semakan awal - SPR
Bakal-bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan.
PRU15: Wee tidak pandang mudah cabaran lawan di Ayer Hitam
Wee, yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) juga menganggap tentangan daripada dua lawannya sebagai cabaran besar.