Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menafikan dakwaan penangguhan pemilihan UMNO adalah untuk memberi ruang bagi membersihkan isu hutang 1MDB.
Beliau berkata sebaliknya penangguhan itu bertujuan memperkasakan parti serta memberi fokus kepada agenda pembangunan negara yang lebih efektif.
"Keputusan itu adalah sebulat suara di peringkat akar umbi untuk lebih fokus kepada perkara yang mempunyai keutamaan kepada negara. Jika pemilihan diteruskan, mungkin akan timbul perkara yang tidak sewajarnya buat masa ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program 'Shopping Raya 2015 bersama Anak-Anak Yatim dan Kurang Bernasib Baik' di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menangguhkan pemilihan yang dijadual pada tahun depan selama 18 bulan mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata tempoh penangguhan itu akan dimanfaatkan dengan pelbagai program bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Seramai 880 anak yatim seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya diraikan pada program itu untuk membeli kelengkapan persiapan Aidilfitri, manakala program sama untuk anak yatim di Labuan akan diadakan pada 2 Julai.
Tahun ini, sebanyak RM130,000 telah disumbangkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan sebagai membantu mereka yang kurang bernasib baik itu untuk turut serta merasai keceriaan menyambut perayaan.
Program yang diadakan dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan serta pusat membeli-belah AEON itu turut menyampaikan sampul raya sebanyak RM50, serta RM200 untuk membeli barangan keperluan Aidilfitri.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penangguhan pemilihan UMNO bertepatan dengan hasrat mengukuhkan jentera parti demi menghadapi PRU14 akan datang.
"Saya yakin bahawa semua parti ada objektif yang sama untuk pastikan bahawa pada PRU akan datang kita semua perlu fokus dan bersatu padu beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Komuniti Chest di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Yoke di sini, hari ini.
Liow berkata langkah yang dibuat oleh Presiden UMNO itu juga adalah bagi menumpukan usaha pada pembangunan masyarakat dan negara kerana perkara tersebut adalah lebih penting berbanding agenda lain.
BACA: Pemilihan UMNO 2016 ditangguh 18 bulan - Najib
BACA: Penangguhan pemilihan UMNO adalah biasa: Tun M
BACA: 'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'
Bernama
Sat Jun 27 2015
Tengku Adnan (gambar) menafikan dakwaan penangguhan pemilihan UMNO adalah untuk memberi ruang bagi membersihkan isu hutang 1MDB.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.