KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca pencemaran bau busuk di Bandar Mahkota Cheras pada 31 Mei lepas.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes itu telah diserahkan kepada MPKj dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat untuk diambil tindakan di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.
Beliau berkata operasi penutupan tapak yang dijadikan tempat pelupusan haram bahan binaan dan sampah domestik itu disertai Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming, Ahli Majlis MPKj, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.
"Air kolam takungan didapati berwarna hitam, berbau busuk dan dipenuhi dengan sampah sarap. Ujian ke atas kualiti air kolam takungan mendapati air bersifat alkali dengan kadar oksigen yang sangat rendah akibat daripada aktiviti pelupusan sisa domestik tersebut," katanya.
Wan Abdul Latiff berkata aktiviti pelupusan sisa pembinaan dan sampah domestik adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Jadual Kedua Aktiviti 14: Pengolahan dan Pelupusan Buangan, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
Katanya, oleh itu, aktiviti berkenaan boleh diambil tindakan atas kesalahan tiada kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
Beliau berkata hasil siasatan JAS pula mendapati tiada pelupusan buangan terjadual dan aktiviti pembakaran terbuka yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 di tapak pelupusan sampah haram itu.
Wan Abdul Latiff berterima kasih kepada orang awam kerana memberi maklumat berkenaan kejadian itu dan menyeru orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
Aktiviti berkenaan boleh diambil tindakan atas kesalahan tiada kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). - Gambar/ Sinar Harian
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram, JAS Selangor tahan 3 lelaki
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menahan tiga lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran di tapak pelupusan sampah haram berdekatan Plaza Tol Sungai Long, Kajang.
Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca pencemaran bau busuk di Bandar Mahkota Cheras pada 31 Mei lepas.
JAS kesan tapak pelupusan sisa buangan haram di kawasan sawah padi
Semua sisa buangan tersebut ditemui di belakang perumahan dekat Jalan Kubang Semang pada 15 Februari lepas.
Usaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah guna pesawat APMM
Kerja pemadaman api di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Sepang, Selangor yang terbakar sejak Ahad lepas masih diteruskan.