KUALA LUMPUR: Sebanyak 50 organisasi yang terlibat dalam industri teknologi operasi (OT) di Malaysia terjejas dari segi operasi berikutan pencerobohan siber, demikian menurut syarikat keselamatan siber global Fortinet.
Pengurus Negara Fortinet Malaysia Dickson Woo berkata jumlah tersebut mewakili 100 peratus daripada organisasi OT di Malaysia yang terlibat dengan kajian dalam Laporan Teknologi Operasi dan Keselamatan Siber Global 2022 terkini syarikat itu yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu menunjukkan bahawa semua organisasi OT yang dikaji mengalami sekurang-kurangnya satu pencerobohan dalam tempoh 12 bulan lepas dengan tiga kategori pencerobohan tertinggi seperti emel memancing data, perisian hasad dan pelanggaran orang dalam.
"Sebanyak 76 peratus daripada organisasi tempatan turut berdepan kebimbangan yang ketara mengenai perisian tebusan dalam persekitaran OT.
"Dapatan yang membimbangkan ini menyebabkan terdapat keperluan mendesak kepada organisasi tempatan untuk menilai semula strategi keselamatan siber mereka dan mengguna pakai amalan terbaik industri," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat di sini hari ini.
Laporan itu turut mendedahkan bahawa 59 peratus daripada organisasi tempatan dalam tinjauan itu mengalami gangguan operasi yang menjejaskan produktiviti.
Sehubungan itu, sebanyak 92 peratus daripada organisasi OT di Malaysia mengambil masa beberapa jam untuk kembali beroperasi, manakala sebahagiannya lagi mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk pulih.
Woo berkata Fortinet komited untuk melindungi rakyat Malaysia daripada kemunculan ancaman keselamatan siber untuk perniagaan generasi akan datang yang berdaya tahan.
"Sebagai syarikat keselamatan siber, kami bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk mewujudkan beberapa bentuk kerjasama atau strategi mengenai perkara yang sesuai dilaksanakan untuk menghindari pencerobohan sedemikian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Sebanyak 50 organisasi yang terlibat dalam industri teknologi operasi (OT) di Malaysia terjejas dari segi operasi berikutan pencerobohan siber, demikian menurut syarikat keselamatan siber global Fortinet. - Gambar hiasan/REUTERS
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya
Ia sebagai antara langkah untuk mendepani cabaran pencerobohan siber ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pencerobohan siber jejas operasi 50 organisasi teknologi operasi di Malaysia - Fortinet
Sebanyak 50 organisasi yang terlibat dalam industri teknologi operasi (OT) di Malaysia terjejas dari segi operasi berikutan pencerobohan siber, demikian menurut syarikat keselamatan siber global Forti