Negara-negara Islam yang sebelum ini menjadi pengeluar serta pencetus inovasi produk halal kini dilihat semakin ketinggalan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agak malang apabila produk halal yang dikeluarkan pemikir Islam kini dipelopori mereka yang bukan beragama Islam.
"Mereka menguasai sebahagian besar industri halal. Mana orang kita? Kenapa kita mencipta sesuatu yang baik tetapi kita yang tertinggal? Negara-negara yang tidak berasaskan Islam sebagai agama persekutuan berada di garisan hadapan sekali gus mendahului kita.
"Kita terlalu banyak 'output', kita buat persidangan, ceramah dan sebagainya. Tapi kita tiada 'outcome' (produk). Saya ingin lihat lebih banyak 'outcome'.
"Saya tidak bias dan prejudis terhadap agama lain, tetapi kenapa kita yang memulakan sesuatu tetapi kita yang tertinggal," kata Zahid pada Persidangan Halal 'Standards and Metrology Institute for the Islamic Countries' (SMIIC) di sini hari ini.
Katanya, negara-negara Islam perlu bersatu hati, bekerja keras dan bijak mencari peluang untuk bersaing sekali gus berada di hadapan negara-negara bukan Islam.
"Sekarang adalah masa apabila Islamophobia berakar di kebanyakan negara, tetapi Islam tidak mengajar kita untuk terlibat di dalam militan atau membunuh orang lain.
"Kumpulan ini (Daish) telah memberi persepsi negatif kepada Islam termasuk produk halal. Kini tiba masa untuk kita bergerak ke hadapan, tunjukkan kepada dunia bahawa kita sentiasa bersederhana. Kita Islam yang sebenar dan ummah yang mahukan keamanan," jelas Zahid.
Katanya, menjelang tahun 2030, umat Islam dianggarkan berjumlah sekitar 1.3 bilion.
Justeru, Zahid mahu negara Islam mengambil peluang untuk mempelbagaikan perkhidmatan dan produk halal, sekali gus menembusi pasaran bukan Islam di peringkat global.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Dec 14 2015
AHMAD ZAHID: Mereka menguasai sebahagian besar industri halal. Mana orang kita? Kenapa kita mencipta sesuatu yang baik tetapi kita yang tertinggal? -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.