PUTRAJAYA: Satu pendekatan baharu dilaksanakan bagi menangani isu kenaikan harga ayam dengan membabitkan pengeluaran surat pemberitahuan kepada peniaga peringkat borong dan runcit untuk mengadakan libat urus bersama pengeluar dan penternak ayam di lokasi atau lokaliti berlakunya kenaikan harga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pendekatan itu membolehkan peniaga menyemak harga barang dan kos belian bagi mendapatkan margin untung yang lebih munasabah.
"Pendekatan ini juga bertujuan memberi peringatan kepada peniaga ayam supaya tidak menaikkan harga di mana-mana peringkat rantaian pengedaran sewenang-wenangnya," kata Nanta yang mengambil maklum laporan berhubung harga ayam di pasaran sejak kebelakangan ini, dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata tindakan tegas seperti kompaun maksimum atau pendakwaan di mahkamah akan diambil sekiranya peniaga enggan memberi kerjasama menjayakan pendekatan baharu tersebut.
Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak bercadang untuk memperkenalkan kawalan harga tambahan selain yang dilaksanakan ketika musim perayaan besar Malaysia di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).
Namun, tegasnya KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan kawalan harga jika harga terus meningkat di luar harga munasabah atau terdapatnya kartel yang memunipulasi harga di semua peringkat rantaian.
"KPDNHEP sentiasa memantau harga barangan melalui lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga yang mengutip harga setiap hari yang mana trend pergerakan harga diketahui dan tindakan segera diambil ke atas premis yang menjual pada harga tidak munasabah berdasarkan pemantauan ini tanpa menunggu aduan daripada pengguna," katanya.
Nanta berkata pemantauan harga runcit pada 10 Sept (2021) mendapati harga purata ayam bersih standard peringkat nasional adalah pada RM8.83/kilogram (kg).
Di Semenanjung, menurutnya harga purata ayam bersih standard adalah RM8.78/kg dan julat harga jualan adalah antara RM5.99/kg hingga RM11/kg.
Beliau berkata premis yang menjual pada harga melebihi RM9/kg terdiri daripada pasar basah dan awam, dan harga paling tinggi adalah RM11/kg dikesan dijual di Pasar Besar Raub, Pahang.
Nanta berkata, pasar raya dan pasar raya besar masih menawarkan ayam bersih standard pada harga yang berpatutan.
Premis yang menjual pada harga paling rendah pada RM5.99/kg adalah Pasaraya Tesco/Lotus di seluruh negara, manakala pasaraya Giant, Mydin dan Econsave menawarkan ayam pada harga RM7.39 hingga RM7.99/kg.
"Pengguna dinasihatkan untuk bijak dalam memilih tempat dan masa untuk membeli ayam pada harga patut," katanya.
Di Sabah, harga purata ayam bersih standard adalah pada RM11.33/kg dengan harga paling tinggi adalah RM11.80/kg dijual di Gentingmas Mall, Sandakan manakala harga paling rendah RM10.90/kg dijual di Pasar Basah Sibuga, Batu 8 di Sandakan.
Di Sarawak pula, harga purata ayam bersih standard adalah RM8.56/kg dengan harga paling tinggi adalah RM9.80/kg dijual di Central Market, Sarikei manakala harga paling rendah adalah RM7.50/kg dijual di Everwin Supermarket, Mukah.
Nanta berkata KPDNHEP akan mengadakan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk memastikan faktor huluan seperti harga dedak ayam yang diimport, harga baka ayam dan harga anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di peringkat hiliran dapat diminimumkan dan terurus.
Industri dan bekalan ayam dikawal selia oleh MAFI manakala KPDNHEP berkaitan polisi harga ayam di pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Pendekatan itu membolehkan peniaga menyemak harga barang dan kos belian bagi mendapatkan margin untung yang lebih munasabah. - Bernama
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.