KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan mengambil pendekatan semangat "Keluarga Malaysia" dalam rundingan berkaitan hak-hak negeri dengan Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Katanya kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada tiga wilayah harus mengutamakan semangat hormat-menghormati sambil mengiktiraf hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Katanya dalam perjalanan selama 58 tahun penubuhan Malaysia terdapat perkara-perkara yang belum dilaksanakan mengikut Perlembagaan dan MA63 yang harus dibawa ke meja rundingan.
"Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sudah mengadakan rundingan sejak 2015 lagi dan rundingan akan terus diadakan.
"Saya berharap inisiatif untuk terus berunding mengenai MA63 seperti terkandung dalam Memorandum Persefahaman Transformasi Kestabilan Politik (MOU) antara Kerajaan Persekutuan dan pembangkang (Pakatan Harapan) pada 13 Sept lepas akan membawa kepada hasil menang-menang kepada negeri dan Persekutuan," katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2021 peringkat negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, malam ini.
Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak pada tahun ini diadakan dalam norma baharu dan disiarkan secara langsung.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, menjadi tetamu kehormat pada majlis itu yang turut dihadiri menteri-menteri negeri.
Sementara itu, Abang Johari berkata sempena sambutan Hari Malaysia tahun ini, beliau berharap agar "Keluarga Malaysia" yang terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah akan terus diperkukuhkan bagi mencapai kestabilan dan kemajuan.
"Sebagai Ketua Kerajaan Sarawak, saya ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Sarawak akan terus berusaha mengembalikan mana-mana hak Sarawak yang terhakis melalui rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terus menunjukkan keprihatinan terhadap aspirasi rakyat di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Abang Johari berkata, dalam perjalanan selama 58 tahun penubuhan Malaysia terdapat perkara-perkara yang belum dilaksanakan mengikut Perlembagaan dan MA63 yang harus dibawa ke meja rundingan. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
SUKMA XXI: Sarawak sasar juara keseluruhan acara tinju
Berdasarkan rekod, Sarawak tidak pernah muncul juara acara tinju sejak temasya dwitahunan kebangsaan itu diperkenalkan pada 1986.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
KPDN Sarawak tetapkan 18 barangan harga terkawal sempena Aidilfitri
KPDN Sarawak telah menetapkan sejumlah 18 barangan diwartakan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang berkuat kuasa hari ini.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
Sistem pengairan titisan CENTEXS bantu tingkatkan SSL beras Sarawak
Teknik ini menyalurkan air terus ke kawasan akar tumbuh-tumbuhan secara perlahan dan terkawal melalui rangkaian tiub, paip dan pemancar.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.