KUALA LUMPUR : Pendirian Amerika Syarikat (AS) dalam peperangan Palestin dan Israel baru-baru ini dilihat seperti tidak menentu.
Penolong Profesor ISTAC-IIUM, Dr Ahmad El Muhammady menegaskan, perkara itu disebabkan AS gerun peperangan akan berlarutan dan melibatkan negara-negara Arab, seterusnya memberi kesan kepada mereka sendiri.
Ujarnya, lawatan Presiden AS, Joe Biden ke Israel baru-baru ini bagaikan memberi gambaran bahawa beliau gagal menyakinkan Israel untuk tidak melampaui batas dan menghentikan serangan di Gaza.
"Sekiranya Amerika gagal memujuk Israel daripada self-restraint ataupun tidak dapat mengawal diri dari mengambil tindakan lebih teruk, saya tidak terkejut negara lain seperti Lubnan dan Iran akan terlibat dalam konflik ini.
"Bukan itu sahaja, hal ini akan melibatkan negara-negara jiran lain dan seterusnya konflik menjadi lebih besar. Itu adalah apa yang boleh kita nampak hari ini.
"Oleh kerana itu, Amerika seboleh mungkin cuba memujuk Israel supaya perkara ini tidak berlaku. Sekiranya berlaku, Israel akan berperang dengan sekurang-kurangnya dua negara. Israel tidak akan dapat mampu terlibat dalam dua peperangan dalam masa sama," katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Beliau yang juga Felo Bersekutu International Centre for Counter Terrorism (ICCT) The Hague berkata, naratif Amerika Syarikat bagaikan tidak tentu arah apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tetap meneruskan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza.
Dalam pada itu, beliau percaya, kaedah terbaik untuk menghentikan serangan zionis Israel adalah dengan menggunakan gabungan pelbagai cara termasuk diplomasi ketenteraan.
"Kita bukan sahaja berdepan dengan Benjamin Netanyahu, tetapi ekstremisme politik. Kalau lihat berita baru-baru ini, kita akan melihat peningkatan ekstremisme politik, ditambah lagi dia (AS) berhadapan ancaman politik yang tidak stabil dalam kerajaannya.
"Jadi kaedah yang boleh kita gunakan adalah kombinasi seperti pendekatan keras, diplomasi ketenteraan, diplomasi politik termasuk pendekatan kemanusiaan dan undang-undang.
"Bagi saya, segala kombinasi ini dapat membuatkan Israel menghentikan pengeboman," ujarnya.
Serangan Israel hampir setiap sudut di Gaza mencetuskan kebimbangan lebih dua juta rakyat Palestin.
Setakat ini, 3,785 rakyat Palestin terbunuh dengan lebih 12 ribu cedera.
Astro Awani
Thu Oct 19 2023
Dr Ahmad El Muhammady menegaskan, perkara itu disebabkan AS gerun peperangan akan berlarutan dan melibatkan negara-negara Arab, seterusnya memberi kesan kepada mereka sendiri. - Gambar Astro AWANI
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.