PONTIAN: Tragedi bot fiber membawa 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam di perairan Pulau Pisang mengejutkan penduduk dan nelayan tempatan yang rata-rata bimbang sekiranya daerah ini terus menjadi lokasi pendaratan warga asing.
Penduduk Kampung Pontian Besar, Abd Razak Abd Rahman, 51, berkata, pendaratan PATI sebelum ini cukup sinonim dengan kawasan perairan di Kota Tinggi tetapi kini perairan Pontian dilihat menjadi pilihan PATI dari Indonesia.
"Perairan Pontian ini cukup luas dan dekat pula dengan kepulauan Riau. Mungkin itu jadi tarikan untuk PATI menyeludup masuk ke negara ini melalui Pontian.
"Kegiatan PATI menyeludup masuk ini saya perhatikan berlaku ketika nelayan tidak turun ke laut iaitu ketika musim hujan atau tengkujuh.
"Kawalan perairan perlu diperketatkan dengan lebih ramai anggota dan aset ditugaskan menjaga kawasan perairan Pontian," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Penduduk, Mohd Fahmi Shamizal, 34, pula melahirkan rasa sedih dengan tragedi bot karam yang berlaku itu.
Katanya, mereka yang hendak bekerja di negara ini sepatutnya menggunakan cara yang betul dan bukannya menggadaikan nyawa mereka di laut untuk menyeludup masuk.
"Kita faham mereka ini datang untuk mencari rezeki. Sepatutnya gunakanlah cara yang betul dan bukannya menyeludup masuk sehingga boleh menggadaikan nyawa mereka," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pontian, Hairul Akbar Saat berkata, nelayan tempatan turut membantu usaha mencari dan menyelamat PATI yang masih hilang.
"Setakat ini difahamkan nelayan yang ke perairan Pulau Pisang untuk membantu usaha mencari dan menyelamat berdepan kesukaran kerana angin kuat.
"Kami akan terus membantu operasi mencari dan menyelamat PATI terbabit bersama agensi dan jabatan kerajaan terlibat," katanya.
Pada Selasa, seramai tujuh PATI dikhuatiri lemas, manakala enam lagi ditemui selamat oleh nelayan tempatan selepas bot fiber yang dinaiki mereka terbalik dan karam di perairan Pulau Pisang di sini.
Sebelum itu pada Oktober tahun lalu, empat mayat warga asing dipercayai PATI dari Indonesia ditemui terdampar di Pantai Rambah Pontian.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 19 2022
Insiden terbaharu bot karam di perairan Pontian di mana enam pendatang tanpa izin ditemui selamat manakala tujuh lagi masih hilang. -Gambar fail/ Maritim
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Lebih 90 maut tragedi bot karam di Mozambique
Bot nelayan yang bertukar sebagai feri penumpang itu mengangkut 130 penumpang iaitu jumlah yang melebihi kapasiti.
Bot nelayan karam, lima mangsa selamat
Kesemua mangsa berusia 34 hingga 39 tahun itu dibawa balik ke Jeti Batang Pinang, Kuala Kedah setelah pemeriksaan lanjut dilaksanakan.
Bot karam: Empat hilang, seorang terselamat di Kapit
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang Khamis ketika bot yang dinaiki lima lelaki itu dalam perjalanan dari Melekun ke Nanga Tulie.
23 migran maut bot dinaiki karam di Senegal
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal.
Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean.
Bot karam dipukul ribut, mayat pemancing ditemui
Mangsa ditemui pada jam 8.37 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.
Bot bawa 28 tetamu majlis perkahwinan dipercayai hilang
Pasukan penyelamat Indonesia sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Dua sepupu lemas, bot karam di Sungai Perak
Dua sepupu ditemui lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai karam akibat arus deras di muara Sungai Perak.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.
Bot karam di Bagan Datuk, nelayan dikhuatiri lemas
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi.