SIBU: Penduduk Kampung Tian dalam daerah Matu, kira-kira 115 km ke barat dari sini, berada dalam ketakutan sejak dua minggu lepas setelah lapan daripada mereka mendakwa diserang dan digigit sekumpulan monyet ketika sedang tidur di rumah mereka.
Penghulu kampung itu, Saleh Napi berkata maklumat yang diperoleh daripada penduduk yang menjadi mangsa serangan menunjukkan kumpulan primat itu memasuki kediaman penduduk menerusi tingkap rumah yang tidak ditutup rapat.
"Tidak diketahui apa punca monyet-monyet ini bertindak agresif dan menyerang penduduk kampung terlibat yang berusia dalam lingkungan 40-an hingga 80-an.
"Mereka mengalami luka di beberapa bahagian badan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kesemua mangsa telah mendapat rawatan di klinik kesihatan kampung itu dan setakat ini kecederaan yang dialami mereka dikatakan tidak serius.
Menurutnya, memang terdapat monyet-monyet kelihatan berkeliaran di kawasan kampung itu sebelum kejadian, namun kumpulan haiwan itu melarikan diri dan bersembunyi apabila terserempak dengan penduduk kampung.
Saleh berkata ekoran insiden itu penduduk kampung mengambil langkah berjaga-jaga dengan ada dalam kalangan mereka memasang perangkap di kawasan strategik yang berhasil menangkap seekor monyet.
Katanya, kejadian itu turut dilaporkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang telah bertindak menghantar satu pasukan untuk memasang perangkap.
"Kita juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi mendapatkan bantuan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Menurut penghulu, memang terdapat monyet-monyet berkeliaran di kawasan kampung itu sebelum kejadian, namun kumpulan haiwan itu melarikan diri dan bersembunyi apabila terserempak dengan penduduk kampung. - Gambar hiasan
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Wanita warga emas cedera diserang beruk di Taman Tasik Taiping
Seorang wanita warga emas cedera selepas diserang sekumpulan beruk di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping di sini, pagi ini.
Pelancong wanita cedera diserang monyet di Taj Mahal
Seorang wanita cedera selepas diserang monyet ketika sedang asyik mengambil gambar di sekitar Taj Mahal, semalam.
Penduduk bimbang serangan monyet sasar bayi, warga emas
Setakat ini, kira-kira 58 orang telah dilaporkan diserang monyet berkenaan sejak 8 Julai lalu.
Penduduk dalam ketakutan, dakwa diserang monyet ketika tidur
Kumpulan primat itu memasuki kediaman penduduk menerusi tingkap rumah yang tidak ditutup rapat.