KUANTAN: Seekor buaya menggemparkan penduduk Kampung Seri Damai, Kuantan apabila dilihat berada di atas jalan kampung tersebut.

Dari video yang ditularkan itu kelihatan buaya bersaiz besar yang didakwa berasal dari Sungai Belat yang berhampiran dilihat tidak mengganggu penduduk.

Video yang berdurasi 29 saat itu telah dimuat naik pemilik akuan Facebook Rafiq Khan telah mendapat tontonan hampir 3,000.

Rafiq Khan yang nama sebenarnya Mohammad Rafiq Khan Ahmad Khan, merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis memaklumkan video buaya itu diperoleh daripada salah seorang penduduk yang terserempak dengan buaya itu pada Isnin jam 9 malam.



Menurut Rafiq, kejadian buaya berada di atas jalan sering berlaku apabila hujan lebat melimpahi jalan kerana di situ memang kawasan habitat buaya.

Namun ini adalah kali pertama kejadian itu dapat rakam dan tularkannya di dalam laman sosialnya.

Bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak mereka tidak bermain air di kawasan tersebut.